Friday, July 25, 2008

CADANGAN MAKAN-MAKAN RAYA REUNION KRS PERIMBUN

Asssalamualaikum semua

Tuan tengok.... ramai yang cadang nak adakan reunion bebudak KRS ,,,yang baru n lama. bagus lah tu. Raya pun dah dekat... rasanya elok kita buat majlis ' MAKAN-MAKAN RAYA KRS PERIMBUN". Sape-sape yang setuju bagi tau tuan di talian hayat yang ada. Tukang masak dah ada... sape lagi Ina204. Tuan pun bleh gak... masak air..!!!! nanti tang tarikh biar tuan yang cari . cam ne semua.

wasallam

Tuesday, July 15, 2008

Perkhemahan Integrasi SMK Perimbun 2008

12 - 13 julai 2008 - Kem Herba Jln Sungai Congkak

Seramai 200 pelajar perimbun meriuhkan suasana Kem Herba , Sg Congkak untuk satu perkhemahan integrasi SMK Perimbun. Kem kali ini berjalan macam biasa.

Hari Pertama

- Pendaftaran , taklimat , LDK untuk membina identiti
- tazkirah maghrib oleh AF Tuan Zailani dengan celotehnya lah...
- malam ...kuliah khas... dunia herba

Hari Kedua

- pagi solat subuh , tazkirah
- senaman pagi
- aktiviti pengkalan

terdapat 5 aktiviti yang dirancang iaitu
a. pengkalan herba
b. pengkalan ikhtiar hidup
c. pengkalan bencana alam
d. pengkalan tali temali & gajet
e. pengkalan kembara belantara ke Air Terjun Ulu Perdik

- memang hebat , jungle trakingnya mencabar dan teruja...
- malam kuliah maghrib , malam persembahan
- puan pengetua pun hadir dan menyanyi bersama semasa persembahan dengan lagu gemuruh jiwa

Hari ketiga

- solat subuh
- senaman erobik
- khidmat masyarakat
- majlis penutup

Kursus Naik Pangkat Sarjan & Staf Sarjan KRS Selangor 2008

Apa khabar semua.... Tuan harap semua anggota KRS sihat walafiat.

Pada 7 - 10 Julai 2008 bertempat di Kem Belia Bukit Lagong Gombak telah berlangsung Kursus dan Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan & Staf Sarjan KRS Selangor 2008. Daerah Hulu Langat telah menghantar 38 anggota KRS berpangkat Kopral. Budak SMK Perimbun mulanya hanya 2 orang sahaja yang terpilih. Oleh kerana di saaat akhir ada 2 calon daripada beberapa sekolah menarik diri maka terpaksalah diganti dengan 2 orang lagi budah Perimbun.

Ujian kali ini agak teliti dan aras yang tinggi. Bermula dengan ujian bertulis , kawad , ujian fizikal , ikatan dan gajet , alam sekitar , kerohanian , bantu mula , ikhtiar hidup dan membina rakit. Ujian kali ini menekankan kepada peserta selain diuji secara individu , setiap peserta diminta mengajar item yang ditentukan kepada anggota yang lain. Memang penat gila.... tuan ni pun pewai gak... letih

Yang manis tu nasib 4 budak Perimbun la.... apa yang mereka capai...! ni dia

Putera
1. Mohd Arif Fikri Mohd Azmi berjaya ditauliahkan Staf Sarjan (rank 1)
2. Mohd Safri Fazwan berjaya dilatuliahkan Staf Sarjan (rank 8)

Puteri
1. Khairul adibah Khairul Anwar berjaya ditauliahkan Staf Sarjan (rank 3)
2. Safinaz Zulkifli berjaya ditauliahkan Sarjan

Tahniah dan syabas. dalam sejarah 3 orang dapat Staf Sarjan dan terpilih untuk ujian pemilihan mewakili Selangor ke peringkat Kebangsaan. Tuan kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh diorang ni.