Friday, December 17, 2010

Perubahan Survivor Camp KRS Perimbun 2010

Assalamualaikum wr. wbt

Survivor Camp KRS Perimbun pd 21 - 24 Dis 2010. Atas keperihatinan utk peserta tingkatan 3 yg akan mengambil keputusan PMR pd 23 Dis 2010..maka Camping tersebut hanya nerlanmgsung pd 21 - 23 Dis 2010. Bertolak pd 21 Dis 2010 jam 8.00 pg.. & tamat pd 23 Dis 2010 jam 10.00 pg..insyaAllah akan sampai ke sekolah p...ada jam 11 pagi.. boleh lah ambil keputusan PMR. Selamat mengikuti perkhemahan dgn sukses. Moga anggota KRS tingkatan 3 ..dapat mengikuti camp dan boleh mengambil result dengan segera.

Harap maklum

Friday, October 15, 2010

KRS PERIMBUN... IMPIAN SEPANJANG ZAMAN

Assalamaualaikum...

KRS Perimbun ditubuhkan sejak 1997... perjuangan dalam KRS Perimbun .. penuh dengan gelora .. umpama melayari bahtera di samudera yang luas. berhadapan dengan ombak dan tiupan angin kencang... adat dalam mengemudi sebuah organisasi yang berasaskan MODAL INSAN.

Impian tuan sepanjang menglibatkan diri dalam organisasi ini tidak lain tidak bukan... iaitu

1. Mendidik anda menjadi seorang Insan yang kamil... memiliki iman dan akhlak yang terpuji
2. Memberikan seberapa banyak ilmu duniawi dan ukhrawi.. sebagai bekal menghadapi survivor kehidupan yang mencabar
3. Mempupuk semangat berpasukan , kekitaan , cintakan organisasi , suka kerja berpasukan , berdaya saing , sedia berkhidmat... malah memiliki jiwa untuk berjihad dijalan Allah dalam pelbagai bidang
4. membina watak dan bakat kepimpinan supaya nanti mampu menjadi pemimpin dalam keluarga dan masyarakat ...menjadi agen perubah , berjuang untuk masyarakat , melaksanakan t/jawab sebagai khalifah dimuka bumi
5. Menjadikan KRS sebagai madrasah insaniah yang terkesan , membina jatidiri yg tinggi , disiplin diri yang unggul , disegani , berpengaruh dan dihormati.

Harapan pada semua KRS Perimbun sekelian... bawalah watak2 ini ke mana anda pergi... jika dicampak ke lautan mampu membentuk sebuah pulau yang bermanfaat.

Sunday, October 3, 2010

Suvivor & Belantara Camp ; KRS Perimbun 2010 kali ke -9

Seperti Biasa...Perkhemahan Tahunan KRS Perimbun ... kali ke-9
Tahun Ini Temanya "SUVIVOR & BELANTARA CAMP " 21 - 24 Dis 2010

Perkhemahan kali ini...ala-ala komando sikit...rugi tak sertainya

1. Tempat.. Hutan Simpan Hulu Langat (Perdick Camp)
2. Peserta : 90 orang sahaja
3. Bayaran RM 50 sahaja
4. Dapatkan Borang pada Mohd ariff Yasri / Khairul Mizan / Saffa Insyirah
6 tarikh...setakat ini seperti diatas melainkan ada masaalah teknikal

sila buat tempahan dan bayaran segera...sebelum kempunan

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN OHH RAMADHAN


Ramadhan muncul lagi..maka kewajipan berpuasa hendaklah dilakukan dengan cara yang terbaik. Cara yang terbaik itu hendaklah memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya. Nabi telah menjanjikan dalam satu sabdanya
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan melaksanakannya dengan penuh keimanan dan penuh keikhlasan maka mereka akan mendapat kkeampunan seperti bayi yang baru dilahirkan"
Antaranya ialah
1. Memelihara diri sepanjang berpuasa daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa
2. Mememelihara diri sepanjang berpuasa daripada melakukan perkara-perkara yang makruh
3. memperbanykkan amalan-amalan sunat sejak mula bersahur , siangnya , petangnya , masa berbuka , pengisian malamnya dan tidurnya..semuanya dipenuhi dengan amalan-amalan sunat
4. Antara amalan yang baik dan elok diperbanyakan seperti membaca quran (ambil ruang dan peluang) , solat berjamaah setiap waktu walaupun berdua , sentisa berzikir , banyakkan bersedekah , lakukan banyak kebaikan , bertarawih setiap malam dan sebagainya
5. Ingat...Puasa adalah ibadat..bukannya adat... bersederhanalah dalam berbuka. Peliharalah perkataan , peliharalah mata , telinga , tangan , kaki. Utamakan tuntutan agama berbanding tuntutan adat
Terlalu banyak hikmah berpuasa..hadith-hadith nabi banyak menceritakan kelebihan berpuasa.. maka sepanjang bulan Ramadhan umpama menghadiri latihan modal insan yang membentuk jatidiri seorang muslim kembali kepada fitrah yang sebenarnya...menjadi hamba allah yang terbaik.


Kenaikan pangkat Lans Kopral & Kopral

Alhamdulillah kursus kenaikan pangkat telah bejalan dengan jayanya pada 31 Julai 2010 yang lalu dalam Perkhemahan Hujung Minggu
Kepada yang lulus akan dinaikan pangkat. tahniah.
Yang penting kepada yang berpangkat ini hendaklah memainkan peranan dengan mendidik adik-adik ,membimbing mereka dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Keberjayaan KRS Perimbun dimasa depan bergantung kepada keberkesanan anda menggerakkan anggota-anggota bawahan.
Sebagai pemimpin kecil ...peranan andalah yang telah membina nama dan mengharumkan KRS Perimbun. Teruskan...jangan pandang belakang lagi..

Sunday, May 9, 2010

Nama Besar Dalam KRS Perimbun.....

Sejak tuan memacu KRS mulai 1998 hingga kini 2010.. kita telah mengharungi perjuangan dalam memperkasakan KRS dengan keringat , tenaga , masa , wang ringgit dan entah apa-apa lagi

Dengan kawadnya... perkhemahannya ...ujian naik pangkat... sukan tahunan ...kem hujung minggu... pameran KRS.... sambutan Hari kebesaran sekolah ...hari Guru... kerja amal.... gotong royong..... dan entah apa lagi

Kehadiran kelompok berbaju hijau "sherwood dark green" di persada Perimbun amat dirasai... modal-modal insan yang lahir sentiasa menjadi sebutan dan sentiasa memberi sumbangan berterusan kepada pasukannya dan sekolahnya... inilah yang membuatkan TUAN BANGGA DENGAN KALIAN SEMUA

Nama-nama besar (maaf kalau tak sebut) Singh , azri , yusaini ,Along Faizal , azsuan , syamil , Kak Ina , Fateh , Man , Rehan , Fatin , Suriani , Waheda , Gembo , Norsuhada ,Hakim , Umi , Aidil , Jazli , Adibah , Safri , Ariff , reemi , ezreen , haryati , Nabila , Liyana , Izyan , Leonard , aiman , Suriani Pre U , Anwar , Ikhwan , Engku , Fazli , bohari , Azron , Zaki , fiduk , syhada , syafinaz , hazer , syazwan (ustaz) , syazwan , wanie , syafikah , .....ooooooo banyak nyeer...letih nak tulis...maaaf klu tertinggal. .... mereka inilah aset KRS... sentiasa bersama mengharungi cabaran...tahun berganti tahun

nostalgia kita camping di Hutan Pendidkkan Alam UKM , Kem green forest Sg Congkak , Kem Ulu Bendul , kem Impian Rimba , Gunung Ledang , Gunung Datuk , gunung angsi , Gunung senyum...

Kenangan berbaris di stadium Bandar Tun Razak , Stadium UNITEN , Stadium IKBN , Stadium MPKJ Bdr Baru Bangi..Stadium SMKP

Kenangan menebang pokok , mencuci parit .... menjaga parking ... Berbaris hari guru

Kenangan kawad di Maktab Penjara , Kem PGA . PPD , padang UiTM , Stadium Kuala Selangor

Kenangan kawad berirama rakan muda , pentauliahan.... banyak lagi kenangan..

Ke Kuala kangsar .... mencari mentarang di Sabak Bernam .... menoreh getah... memancing ikan... membantu kenduri kahwin...... masak bubur asyura KRS Selangor.......

Ohhhhhhh....tuan bangga dengan anda semua. Syukur alhamdulillah

Bersedia Untuk Perjuangan Yang Sebenar

Kepada semua kadet2... perjuangan yang sebenar ialah membentuk diri agar menjadi insan yang kamil... iaitu manusia yang sempurna :

1. Sempurna dalam tingkah laku & sentiasa berakhlak mulia
2.Sempurna dalam iman & sentiasa menjadi insan yang sentiasa ingatkan Allah dan hidup beragama
3.Sempurna dalam ibadah yang dipelihara dan dilaksanakan ketika senang dan susah
4. Sempurna dalam kesungguhan mencari ilmu & pelbagai kemahiran sebagai persiapan menjana kehidupan
5. Sempurna dalam membentuk jatidiri agar sentiasa berguna dan bermanfaat dalam masyarakat

Jika ini ada...pasti perjuangan untuk survival kehidupan yangg penuh mencabar ini akan berjaya & sentiasa diredhai Allah dunia dan akhirat

Kemenangan Berganda Paling Istimewa "TAHNIAH"

Tahniah dan Syabas...

Kita baru menang satu perjuangan yang kecil...kita akan terus berjuang utk perjuangan yang lebih besar lagi

Saturday, May 1, 2010

Latihan Pusat Kawad KRS Perimbun

1.Alhamdulillah....yg dirancang telah terlaksana
2.nampaknya...budak2 semua dah bersedia untuk bertanding
3. Apa pun...pada hari kejadian...kena kuatkan mental dan laksanakan tanggungjawab sebagai satu pasukan
4. Pasukan yg hebat....disertai dengan keberanian yg luar biasa , kehebatan yg paling baik dipersembahkan ... bak kata pepatah... pantang mati sebelum undur
5. Terima kasih pada semua yg terlibat
6. Semangat Juara membara

Friday, April 30, 2010

KAWAD DAERAH 2010

Pertandingan Kawad KRS daerah Hulu Langat 2010

Tarikh : 8 Mei 2010
Hari : Sabtu

Sehubungan dengan itu Pasukan Kawad KRS Perimbun diminta hadirkan diri dalam satu latihan pusat...ESOK 1 MEI 2010....8.00 am - 4.30 pm

Latihan ini sebagai persiapan terakhir untuk menghadapi lawan. Kehadiran amat penting dan ingat mempertahankan kemenangan itu lebih sukar dari mencipta sejarah kemenangan.

sila hadir dengan pakaian No 4 B dan No 4... termasuk keperluan solat. InsyaAllah makan t/hari tuan akan masakan untuk kalian.

Ingat falsafah kita "Menyertai Pertandingan itu Hendaklah Dengan Semangat Juara"... Semangat Juara Membara .....

Sunday, January 31, 2010

LATIHAN SUDAH BERMULA

Musim 2010 dah bermula...berbagai cabaran menanti...
1.perbarisan sukan tahunan
2.Pertandingan kawad
3.Perkhemahan
4. kenaikan pangkat
5. banyak lagi

nampaknya pasukan putera dan puteri telah memulakan latihannya. Kejayaan tidak akan muncul dengan mudah...latihan yang mantap menggamit kecemerlanagan.

Ayuhh...bersatu menjana prestasi tinggi. Be Top KRS Perimbun !!!

Friday, January 1, 2010

Selamat Tiba 2010

Sudah tiba tahun 2010...apa lagi azam baru...jom teruskan azam yang dihajati...Kehidupan tanpa keazaman umpama "kematian- jasad yg terkujur kaku"
Oleh itu saya menyeru diri saya dulu...dan marilah kita bersama berazam memperbaiki diri dulu..tingkatkan amalan...tingkatkan akhlak...tingkatkan kerja....bina..bina...dan terus bina

Apalagi pasukan kita KRS ...tanpa anda apalah yang ada pada KRS..bersama membina KRS yang gemilang , berprestasi , berjiwa besar...

Saya yakin pada anda semua...Ilmu Iman Amal