Tuesday, January 20, 2009

Tahniah Buat Pn Noraizan Sulaiman Timb. Komandan KRS Perimbun

Assalamualaikum semua..

Tahniah dan syabas buat Timbalan Komandan KRS Perimbun Pn Hjh Noraizan Sulaiman yang akan berpindah ke Kementerian Pelajaran mulai 1 Febuari 2009. Khidmat bakti puan selama di Perimbun memang banyak . warga KRS terasa kehilangan puan kerana selama ini puan merupakan seorang pendidik yang amat berdedikasi dan berwibawa.

Sekali lagi tahniah... kami doakan kejayaan puan.

Thursday, January 8, 2009

Salam Tahun Baru 2009

Assalamualaikum semua...

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 H dan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga ia "Pasti Lebih Gemilang". Kepada yang masih sekolah ..." Selamat Kembali Ke Sekolah". Buat ahli KRS semua semoga diberikan kekuatan dan keazaman menghadapi hari esok.... " terus maju... berusaha....jadikan diri pasti berjaya..! KRS Pasti Boleh Oww... Perimbun Pasti Boleh Oww !!!!

1. Tahniah Buat 54 anggota KRS yang telah berjaya menjalankan aktiviti hujung tahun 2008 iaitu Perkemahan Tahunan dan Kembara Belantara Menawan Gunung Angsi. Perkhemahan tersebut telah dijayakan pada 13 - 16 Dis 2008. rasanya perkhemahan kali ini adalah yang paling berjaya... kerana beberapa perkara

  • semua peserta berjaya menawan puncak gunung angsi
  • semua aktiviti berjalan mengikut jadual
  • semua anda memang hebat... berketerampilan

2. Tahniah buat AJK KRS Perimbun sesi 2009 yang telah dipilih / lantik dalam mesyuarat agung pada 7 Jan 2009 di kem Tepian Rimbun

  • Pengerusi PW 1 KRS Mohd Arif Fikri
  • Timb. Pengerusi 1 PW 1 KRS Mohd Safri Fazwan
  • Timb. Pengerusi 2 PW 2 KRS Khairul Adibah
  • S/u Sarjan KRS Safinaz
  • Bendahari Kopral KRS Nursyazwani

Senarai penuh akan di paparkan kemudian... ok

3. Tahniah dan terima kasih buat Staf Sjn KRS (B) Mohd Firdaus Razak yang telah melanjutkan pelajaran di UiTM Sri Iskandar Perak dan Kopral KRS(B) Mohd Ikhwan Razif yang melanjutkan pelajaran di UiTM Jengka Pahang.

4. Tahniah dan syabas buat semua ahli KRS (B) yang telah banyak menyumbang tenaga dan telah bersama berjuang membina kegemilangan KRS Perimbun.

5. Tahniah buat Sarjan KRS Mohd Aidil Rosli yang telah dilantik sebagai Ketua Pelajar SMK Perimbun yang baru tahun 2009

Terima Kasih. Jumpa lagi