Tuesday, June 30, 2009

Tahniah Buat Sarjan Dan Staf Sarjan KRS Hulu Langat

Assalamualaikum wr.wbt

Tahniah buat semua peserta yang berjaya lulus Sarjan Dan Staf Sarjan KRS Daerah Hulu Langat yg telah mengikuti kursus dengan bersungguh-sungguh. Inilah pertama kali dalam sejarah KRS Hulu Langat mengendalikan kursus sarjan dan staf.

Khusus buat 6 kadet KRS Perimbun yg semuanya berjaya dapat Staf Sarjan. Agaknya jika 36 KRS Perimbun pergi... semua boleh lulus Staf...hehe.. tu rezki namanya

Siap sedia untuk kursus Pegawai Waran 20 - 24 Julai 2009 nanti di Komplek Rakan Muda Kapar Kelang.

Tahniah juga buat semua jurulatih KRS Hulu :Langat. Atas kerja kuat anda semua.

Tuesday, June 16, 2009

Kursus Sarjan & Staf Sarjan KRS 2009 DHL

Pada 22 - 24 Jun bertempat di SMK Bandar Rinching akan dilaksanakan Kursus Sarjan & Staf Sarjan. Terbuka kepada semua ahli KRS yang berpangkat Kopral untuk diuji..

1.Kpd peserta Perimbun... bersedia bersungguh-sungguh. Ujian ni memang penting untuk terpilih pergi Kursus Pegawai Waran nanti. Kini peluang lebih luas. 4 peserta - 6 peserta akan dipilih.

2.ada 10 item ujian akan dilalui.

3. Bersiap siaga sekarang
ada item teras yang wajib lulus dan item elektif sebagai pelengkap.

Ok..faham skuad

Monday, June 8, 2009

Salam Percutian

Assalamaualikum wr.wbt

Buat semua kadet... telah berlalu semester pertama sesi 2009. Seperti biasa KRS bergerak dengan caranya tersendiri. Dengan sukannya , kawadnya . perkhemahannya dan pelbagai lagi.

Tuan amat berbangga dengan pasukan ini...kerana semangatnya , komitmennya dan apa yang telah dipamerkan kepada semua.

Kini kita dikenali dengan persepsi yang cukup gah...bila kawan bertanya...pasukan mana tu yang buat kawad irama....Perimbun. Memang patut mereka menang.... Pasukan engkau wak memang hebat. Seronok kami tengok budak-budak engkau tu. Bukan senang ni nak jadi cam tu.... Itulah yang telah menjadi dan terjadi kat kita.... ni

Yang pasti "Jenama" KRS PERIMBUN sudah termasyhur... jadi pertahankanlah...

Sekarang cuti-cuti-cuti.... jangan semuanya cuti

1. Sembahyang jangan cuti kecuali yang dicutikan !
2. Baca buku jangan cuti
3. Buat baik jangan cuti
4. Buat yang berfaedah jangan cuti
5. Banyak lagi

Nak bercuti pun biarlah yang memberi kesan kepada kita...lihatlah alam , lihatlah tingkah laku manusia , lihatlah persekitaran , pelajarilah daripadanya.. mengembaralah , berkelanalah...supaya minda lebih terbuka. Bertambah ilmu akan menambahkan lagi keinsafan diri...bahawa kehidupan didunia yang fana ini sementara. Hidup yang kekal abadi nuuuuun...disana ...disana...disana....yaumul akhirat. Sudah bersedia ke belum.

Naik cuti kursus sarjan/staf sarjan.... jeng jeng jeng.....siapalah yang terpilih buat dengan baik supaya boleh pegi ke Pegawai Wareeeen..salah tu.... Pegawai Waran !!! hahaha

Heii dah mula tuuu.....sekian