Thursday, July 7, 2011

Perkhemahan KRS Peringkat Daerah Hulu Langat 2011


Assalamualaikum wbt.

Bertarikh 3 Mei 2011 hingga 6 Mei 2011 , daerah Hulu Langat sekali lagi mengadakan perkhemahan tahunan di Kem Herba , Sg. Congkak , Hulu Langat. Setiap sekolah di daerah Hulu Langat di wajibkan menghantar seramai 8 peserta dan menjadikan jumlah keseluruhan mencecah hampir 300 orang termasuk jurulatih , jurulatih muda dan pembantu jurulatih.

Sekali lagi dalam sejarah perkhemahan ini diadakan selama 4 hari dan terdapat 8 aktiviti yang telah di jalankan :-

1. Pertolongan Cemas
2. Ikhtiar Hidup
3. Kembara Belantara
4. Alam Sekitar
5. Gajet
6. Ikatan dan Simpulan
7. Pandu Arah dan Orienteering
8. Rekreasi Tali
9. Pengurusan Jenazah

dan juga terdapat beberapa pertandingan dijalankan seperti :-

1. Malam Kebudayaan ( mengikut kumpulan )
2. Gajet ( mengikut sekolah )
3. Ikhtiar Hidup ( mengikut sekolah )
4. Kembara Belantara ( mengikut kumpulan )

Sekolah SMK Perimbun telah menghantar seramai 8 peserta , 10 pembantu jurulatih , 10 jurulatih muda dan 2 jurulatih . Peserta yang terlibat :-

1. Khairul Mizan
2. Muhd Fikri
3. Mukhsin
4. Bernard
5. Balqis
6. Lee May Ling
7. Mardiana
8. Efa Farahin

Dan perkhemahan ini telah berjalan dengan jayanya walaupun terdapat hujan tetapi berbekalkan moto "Ilmu, Iman, Amal", para peserta tetap melakukan aktiviti dengan penuh bersemangat.

Tahniah diucapkan kepada yang terpilih , semoga ilmu yang dibekalkan di perkhemahan ini dapat digunakan untuk mengajar rakan-rakan yang lain supaya ilmu itu tidak sia-sia.

Sekian .. :)

Khairul Mizan meredah sungai menggunakan tali.

Makanan yang telah disediakan oleh para peserta.

Senaman pagi oleh semua peserta perkhemahan.

Tuan Zailani menerangkan tentang pengurusan jenazah.