Wednesday, October 29, 2008

Majlis Perpisahan Komandan KRS SMK Perimbun

Pn Hjh Jamelah Hj Mansor , Pengetua merangkap Komandan KRS SMK Perimbun telah dinaikan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Sekolah Kluster KPM. Tahniah dan syabas buat puan.. !

Sehubungan dengan itu pada 31 Oktober ini satu majlis perpisahan dengan penuh protokol akan diadakan di dataran Perimbun.

Seluruh warga KRS SMK Perimbun mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan atas khidmat baktinya selama ini dan sokongan yang berterusan kepada KRS sehingga berjaya ketahap yang ada sekarang. Jasamu tetap dikenang... sukar diacari ganti....

Kami doakan kejayaan puan seterusnya.

Friday, October 24, 2008

Jemput Raya Ke Rumah Tuan

Macam biasalah... kalau nak datang umah tuan beraya.... datang lah. Tel dulu.... pada 26 Okt 2008 ni belah petang... tuan ada umah... datang la.

Apa yang ada... makanlah....

Majlis Graduasi SMK Perimbun Kali Ke-11

Majlis Graduasi SMK Perimbun Kali Ke-11 akan diadakan pada 25 Okt 2008 bertempat kat Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Tahniah buat anggota KRS tingkatan 5 yang diraikan dan akan menamatkan alam persekolahannya yang formal uh..uh..uh..uh

Majlis yang hebat dan gilang gemilang ini sekali lagi mencatatkan nama KRS dipersada kecemerlangan yang membanggakan iaitu

1. Persembahan Khas Syair sempenan Graduasi dianggotai oleh Anggota KRS iaitu Umi , Ezren , Liyana , Izyan dan syafeqa

2. Perarakan Gimik Perasmian pun disertai anggota KRS gak iaitu Safri , arif , rozaidi , deebah , waani .

3. Bahagian teknikal.. siapa lagi luuuu fikirla sendili... memang anggota KRS .... pun 2 budak ensem...fiduk dan aidil


Tahun depan tuan nak cadang kita buat Hari Graduasi KRS... apa macam..... jawab.. jangan tak jawab

Thursday, October 9, 2008

Perkhemahan Tahunan & Kembara Belantara KRS SMK Perimbun Kali ke-7 Tahun 2008

Seperti biasa lazimnya. KRS akan terus mengisi masa cuti dengan Perkhemahan tahunanya. Kali ini akan diadakan pada

Tarikh : 13 - 16 Dis. 2008
Tempat : Hutan Lipur Ulu Bendul
Bayaran : RM 40.00 seorang

Dapatkan borang pada Staf Sarjan Muhammad Firdaus Ab Razak.
Masih ada kekosongan.

Perkhemahan kali ini lebih bersifat Training of Trainer (TOT)...membina , melatih , menguji , memimpin , mengurus ...... tahap pengetahuan , kemahiran , ketahanan diri , kejiwaan , kepimpinan , keterampilan dan sebagainya kepada anggota KRS agar lebih mantap. Khususnya sebagai persiapan tahun 2009.

Kini usia KRS SMK Perimbun telah mencakau 12 tahun. Perlu terus maju dan berusaha menjadikan KRS terus berjaya.... KRS pasti boleh..oh , pasti boleh ..oh.

Jangan lepaskan peluang ini. Keutamaan kepada semua ahli KRS SMK Perimbun.

Wasallam.

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR / SPM / STPM

Assalamualaikum wr.wbt

Kepada semua ahli KRS yang akan menghadapi peperiksaan PMR , SPM dan STPM. Selamat menduduki exam tu.... !!! buat yang terbaik. Kuatkan semangat dan daya usaha anda. Ingat akan harapan ibu dan ayah. Tuan doakan kejayaan kelian. Amin Ya Rabbal Alamien...

Perimbun Pasti Gemilang.

Friday, October 3, 2008

Majlis Sambutan Hari Raya KRS Perimbun & Anniversary KRS Perimbun Tahun ke-12

Majlis tersebut akan diadakan pada

Tarikh: 19 Okt 2008
Hari : Ahad
Masa: 8.00 am - 12.00 am (gotong royong masak)
12.00 th (jamuan dan majlis sam,butan)

Bayaran : Ahli KRS (RM 5.00 je)
Ahli KRS (B) ( RM 20.00 je)

Boleh kut...


Jangan lupa... datang , jangan tak datang. Sebar-sebarkan lah.

SELAMAT HARI RAYA

Assalamaualaikum. wr.wbt.

Kepada semua anggota KRS khususnya KRS SMK Perimbun diucapkan "SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRY MINAL 'A 'IEDIEN WAL FAA'IEZIEN " Maaf Zahir Batin.

Drp: Kapten KRS Mohd Zailani Ridzwan


Bergembiralah bersama keluarga , ziarah menziarahi , bermaaf-maafan , utamakan keselamatan. Ingat.... teruskan amalan ketika berada dalam "Madrasah Ramadhan" yang telah mengajar kita erti ketaqwaan , memburu keberkatan , ngairah beramal. Teruskan usaha murni tersebut hingga akhir hayat.

Dijemput kepada semua ahli KRS yang berkelapangan sudi apalah kiranya datang ke rumah tuan. Tel.. dulu bila nak datang. Insyaallah apa yang ada ciciplah bersama.