Friday, September 18, 2009

Rumah Terbuka Tuan Z

Kepada semua warga KRS , dijemput hadir ke rumah terbuka tuan.

Tarikh : sepanjang syawal
Masa : Call dulu
Menu : Apa yang adalah

Datang...jangan tak datang. Duit raya terhad

Selamat Hari Raya ...Antara Adat & Syari'at

Selamat menyambut hari raya bersama keluarga. Semoga tergolong kepada mereka yang berjaya menghadapi tarbiyyah ramadhan. Antara yang berjaya melalui tarbiyyah ramadhan ialah mereka...

1.Bertambah nilai taqwa dalam diri dan mendapat keampunan Allah
  • Berasa senang dan selesa melaksanakan perintah allah selepas 30 hari berpuasa. Rasa seronok dan senang hati melakukan solat 5 waktu , sentiasa ghairah untuk terus membaca quran , rasa malu untuk melakukan maksiat dan dosa , sentiasa merasakan kebesaran Allah. Dan banyak lagi tandanya
  • Bila melakukan kesilapan...terasa berdosa dan segera bertaubat
  • Tidak mengulangi lagi kesilapan dan maksiat yang dibuat
  • Cinta untuk mentaati perintah Allah semakin kuat
  • Sentiasa merasakan Allah memerhatikan tingkah laku kita walau dalam apa juga keadaan
Oleh itu saya menyeru buat diri saya dan untuk kalian semua...jadilah insan yang benar-benar bertaqwa kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan menuju alam akhirat yang kekal abadi.

Tuesday, September 1, 2009

Tazkirah Ramadhan...Mari Mencari Keampunan Allah

Assalamualaikum semua

Beberapa perkara menarik dalam Ramadhan

Perlu diketahui bahawa apakah sebenarnya matlamat Puasa...... adakah mengejar Hari raya , Berniaga di pasar Ramadhan , Kumpul duit Raya atau....mencari keseronokkan happy go lucky. Sebenarnya disebut dalam Quran sebagai..." Difardhukan kepada kamu berpuasa .....supaya kamu bertaqwa". Oleh itu carilah taqwa itu. Kejarlah taqwa itu.. Taqwa itulah matlamat puasa.. Tau tak.... kalau tak tau...ni nak bagi tau la ni...jadi apakah tanda sebagai seorang yang berpuasa itu mencapai dan mendapat taqwa... jadi kena tahu ciri-ciri orang yang bertaqwa. Sesungguhnya al-Quran sendiri menerangkan... orang yang bertaqwa itu....

" Iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib dan mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezki yang kami kurniakan kepada mereka (mengeluarkan zakat dan bersedekah) dan mereka yang beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada kamu (al-quran) dan wahyu yang diturunkan sebelum kamu dan mereka yakin kepada hari akhirat. Merekah orang-orang yang mendapat hidayah dan merekalah yang beruntung."
(Al-Baqarah Ayat 3-5)

1. Beriman kepada perkara ghaib iaitu percaya akan dosa dan pahala , akan kebenaran siksaan kubur , akan adanya pembalasan akhirat , dan sebagainya. walaupun tak nampak tetapi yakin 100% akan adanya dan berlakunya ia tanpa ada sedikitpun keraguan

2.Dirikan solat.... puasa rajin tapi solat macam mana... kena ingat solat adalah tiang kepada agama dan rukun islam yang 5

3. Banyakkan sedekah dan keluarkan zakat. Zakat ada 2 jenis...Zakat Fitrah dan Zakat Harta
termasuk pendapatan dan perniagaan. Ingat dalam harta kita ada daki yang perlu dibersihkan dengan membayar zakat

4. Yakin dengan wahyu...100 %. Haram katanya...maka haramlah. Boleh katanya...maka bolehlah jangan berdolak dalik.

5. Ingat bahawa pembalasan pada hari akhirat itu sangat benar dan janji Allah itu bukan main-main.

Oleh itu jika benar-benar puasa dan mencari taqwa...pasti diri ini akan lebih mentaati Allah dan menjadi mereka yang beruntung