Sunday, March 29, 2009

Sebuah Catatan Buat "Boutark Team From Perimbun"

Tanggal 28 Mac 2008
Sabtu
Kawasan letak Kereta PPD Hulu Langat

Telah berlaku satu perlawanan yang sengit , berapi , berasap dan berentap. Melibatkan beberapa kumpulan. Di khabarkan 32 geng yang berentap mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Para pegawai dan penguasa yang ada pada hari kejadian hanya boleh memerhatikan sahaja apa yang berlaku. Yang peliknya mereka berentap tidak menggunakan senjata.... memang pelik. Lagi pelik tiada seorang pun yang cedera.. hanya beberapa orang yang berentap tu pengsan kerana tidak tahan dengan cuaca.

Sepasukan Pegawai Khas telah datang untuk mengawal keadaan untuk mencari mereka yang terlibat dalam perlawanan tersebut. Kumpulan mana yang menjadi dalangnya... susah juga nak cari sebab mereka semua memakai baju hijau yang sama...

Diberitakan melalui sumber yang boleh dipercayai iaitu Tuan Zack bahawa satu kumpulan yang berselindung atas nama " Boutark Team From Perimbun " telah "ditangkap" oleh pegawai khas dan merekalah dalangnya yang mengepalai perlawanan tersebut dan mengalahkan begitu ramai kumpulan yang terlibat. Diberitakan juga kumpulan "Boutark Team From Perimbun" dibantu oleh sebuah kumpulan "bertudung" mungkin "Boutark Girl" ...tetapi tidak dapat dipastikan kerana mereka bertudung. Kumpulan ini telah menjadi-jadi kerana kumpulan kedua yang ditangkap.

Pertarungan mereka berpanjangan hingga jam 4.00 petang apabila Pegawai PPD mengistiharkan

1. "Boutark Team From Perimbun" adalah juara pertarungan
2. "Tedung From Perimbun" adalah naib juara

Pegawai yang berutgas iaitu Tuan Zack melaporkan perlawanan yang berlaku pada hari ini sebenarnya adalah perlawanan kawad kaki.. Tahniah kepada mereka yang menang..

Tuan Zack melaporkan

Friday, March 13, 2009

Gurindam Buat Semua

Keputusan SPM telah tertera
Tahniah & Syabas buat kadet kita
Tuan berbangga kepada semua
Sibuk dan aktif tetap berjaya
Musim kawad telah pun tiba
Ingat..! kejayaan bukan datang tiba-tiba
Kawad dengan betul ikut cakap ketua
Kejayaan yg menjelma pasti gembira
Kini SMK Jalil muncul lah pula
Terimalah persaingan secara terbuka
siapa yang bersedia tiada gugupnya
menang kalah adat yang biasa
Kita sebenarnya punya anggota yang perkasa
Dengan syarat gigih sentiasa
kuatkan mental dan fizikal yang sasa
Bila kawad padat dan mesra
Ingat masa berlatih lain cerita
Bila bertanding gundah gulana
Tunjukkan kebolehan jangan takut apa-apa
Itu tandanya kita bersedia
Wasallam

Tahniah KRS Perimbun

Dengan rasa syukur dan doa... tahniah buat Leonard yang "excellent" kata orang jawa dalam SPM nya. Tuan bangga dengan anda... begitu jua buat Hakim , Umi , Azreen , Farid , Anwar , Ani , Liana , Liyana , Izzati , dan yg lain yg tak disebut (jgn mareeeh.) tahniah atas keputusan masing-masing.
Yg penting rancang masa depan dengan bijak. Jangan mudah putus asa.. setiap orang ada rezkinya , jika bijak bercaturan mencari ruang dan peluang.. datanglah berbincang jika perlukan khidmat nasihat tuan.
Kejayaan kelian kebanggaan kami. Keredhaan Ilahi itulah yang dicari
Amin

Wednesday, March 11, 2009

Selamat Datang Teraju Utama SMK Perimbun

Yang dinanti telah tiba iaitu Komandan KRS SMK Perimbun yang baru iaitu Pn Hjh Petri Noor Jaliah Megat Adnan.

SELAMAT DATANG PUAN !!!

Warga KRS menjunjung kasih dan taat setia kepada Teraju Utama SMK Perimbun , semoga kita terus bersama mendahului demi kecemerlangan dalam semua bidang. Baik kurikulum ,kokurikulum dan juga sahsiah.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas..