Friday, May 3, 2013

Perkhemahan KRS Peringkat Daerah Hulu Langat 2013

Assalamualaikum wbt.

Perkhemahan KRS Peringkat Daerah Hulu Langat adalah perkhemahan yang wajib diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat dan memberikan ilmu kepada ahli KRS di daerah Hulu Langat. Bertarikh 7 April 2013 sehingga 9 April 2013 , daerah Hulu Langat sekali lagi mengadakan perkhemahan tahunan di Kem Herba , Sg. Congkak , Hulu Langat. Setiap sekolah di daerah Hulu Langat di wajibkan menghantar seramai 8 peserta dan menjadikan jumlah keseluruhan mencecah hampir 300 orang termasuk jurulatih dan pembantu jurulatih.

Sekali lagi dalam sejarah perkhemahan ini diadakan selama 3 hari 2 malam dan terdapat 8 aktiviti yang telah di jalankan :-

1. Pertolongan Cemas
2. Ikhtiar Hidup
3. Kembara Belantara
4. Alam Sekitar
5. Gajet
6. Ikatan dan Simpulan
7. Pandu Arah dan Orienteering
8. Kawad Kaki
 
dan juga terdapat beberapa pertandingan dijalankan seperti :-

1. Malam Kebudayaan ( mengikut kumpulan )
2. Gajet ( mengikut sekolah )
3. Ikhtiar Hidup ( mengikut sekolah )
 
KRS Perimbun telah menghantar seramai 8 orang peserta dan 2 pembantu jurulatih :-

1. Solehin
2. Haziq
3. Faiz
4. Amirul
5. Fazira
6. Mardiana
7. Zahirah
8. Munirah
9. Aina (pembantu jurulatih)
10. Mizan (pembantu jurulatih)

dan mereka juga telah berjaya memenangi pertandingan yang disediakan

1. Johan Gajet Kategori Puteri
2. Naib Johan Gajet Kategori Putera
3. Johan Ikhtiar Hidup Kategori Putera

Dan perkhemahan ini telah berjalan dengan jayanya walaupun terdapat hujan tetapi berbekalkan moto "Ilmu, Iman, Amal", para peserta tetap melakukan aktiviti dengan penuh bersemangat.

Tahniah diucapkan kepada yang terpilih , semoga ilmu yang dibekalkan di perkhemahan ini dapat digunakan untuk mengajar rakan-rakan yang lain supaya ilmu itu tidak sia-sia.

Sekian .
 
Tuan Zailani mengajar cara untuk menuruni bukit

Peserta Puteri SMK Perimbun

Tuan Anwar memberi penerangan sebelum aktiviti bermula

Tuan Firdaus mengajar ikatan kepada peserta
 

Kawad Kaki Peringkat SMK Perimbun 2013

Assalamualaikum wbt.

SMK Perimbun telah mengadakan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah pada bulan April 2013. Pasukan KRS telah menghantar sebanyak 2 platun iaitu KRS Putera dan Puteri untuk bertanding dalam pertandingan ini. Sebanyak 8 platun daripada unit beruniform di SMK Perimbun telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Pertandingan ini diadili oleh beberapa hakim yang dipilih daripada setiap unit beruniform. Kriteria-kriteria yang di hakimi ialah kepaduan, keserasian, kemantapan dan corak formasi.

Keputusan telah pun di umumkan dan KRS Perimbun telah dinobatkan

1. Johan Kategori Lelaki
2. Johan Kategori Perempuan

Syabas dan tahniah kepada platun KRS Perimbun kerana mengekalkan kejuaraan dan berharap dapat mengekalkan momentum ini untuk peringkat yang seterusnya.

Sekian

Thursday, May 2, 2013

Aktif Kembali

Assalamualaikum ..

Sudah lama blog KRS SMK Perimbun tidak aktif meng-update info-info terbaru tentang KRS .
In Shaa Allah selepas ini akan di update secara sikit demi sedikit .
Harap dapat terus memberikan sokongan

Sekian