Wednesday, September 17, 2008

Diambang Syawal

Hari Raya Puasa .... juga dikenali sebagai Eidul Fitry. Tahu tak kenapa diberi nama eidul Fitry. Maknanya .... kembali kepada fitrah manusia seperti kanak-kanak yang baru lahir...bersih tanpa dosa. Sebenarnya Hari Raya adalah meraikan kerana kejayaan manusia melalui satu proses penyucian jiwa melalui ibadah puasa selama 1 bulan. Sebab itu kita disuruh bertakbir banyak-banyak membesarkan Allah pada malam raya sampai solat hari raya atas kejayaan mengharungi tarbiyyah yang hebat tersebut.

Cuba tanya diri sendiri.. apakah kualiti puasa kita yang dilakukan sekarang mempunyai indek puasa yang terbaik atau sebaliknya. Sebab itu orang yang berpuasa ini ada tiga tingkatannya iaitu

1. Puasa awam (gred D ke bawah) - hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja, juga sekadar menjaga yang membatalkan puasa. Yang lain ...susah nak cakap. Dengan banyak tidur , tak sembahyang , buka aurat , mengumpat , menghina orang , pendek kata dosa kecilnya berlori-lori. Yang ni bila berbuka.... menjadi hamba makanan. @#$%$#@#$&*^$##$%$ semua sapu....
2. Puasa khusus (Gred C dan B) - lebih baik dari yang awam dengan menambah amalan yang sunnat , bertadarus , memelihara diri daripada melakukan dosa dan noda.
3.Puasa Khusus lagi Khusus (Gred A) - yang ini... memang cemerlang dan gemilang. Semua tubuh badannya puasa. Hidupnya penuh dengan zikrullah. makan minumnya ala kadar. Kalau boleh nak terus puasa tetapi dek kerana dalam berpuasa itu ada perintah berbuka, baru berbuka...itupun ala kadar dengan roti kering atau kurma dan air sejuk sahaja. Ini puasa para sahabat , muqarrabien , para nabi dan waliullah. Kita boleh capai dengan usaha yang betul-betul gigih

Apamacam.... kata nabil ..."Lu Fikir La Sendili "

Tazkirah Ramadhan 3

Assalamualaikum wr.wbt.

Perhatian....................!!!!!!!!!!!! Dengar sini semua sekali

Rasulullah saw bersabda " Ibadah Puasa Ramadhan ini dibahagikah kepada 3 tahap , 10 hari pertama adalah Rahmat , 10 hari kedua adalah keampunan dan 10 hari ketiga adalah pembebasan daripada azab api neraka " ... kini kita masih berada pada 10 hari kedua ... teruskan puasa dengan prinsip yang betul semoga mendapat keampunan Allah. InsyaAllah kita akan masuk 10 hari ketiga... masa yang kritikal , masa yang penuh cubaan .... solat terawih pun safnya dah maju kehadapan. Oleh itu pastikan istiqamah menjalani ibadah puasa , berterawih , bertadarus sampai hari raya. Dalam 10 hari yang akhir ini ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Kejarlah , carilah pada malam-malam ganjil. Banyakkan doa , istighfar , selawat dan sebagainya. Kalau sukar nak cari...... tunggulah malam 27 ramadhan.

Wasallam

Saturday, September 6, 2008

Tazkirah Ramadhan 2

Assalamualaikum wr.wbt

Tahu tak.. apa makna Ramadhan. Ramadhan diambil daripada asal perkataan Ramadh maknanya panas.

Bulan Ramadhan... makna dari segi bahasanya adalah bulan yang panas.
Panas disini sebenarnya berkait rapat dengan ibadah puasa.

Ibadah puasa yang bererti menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga tenggelam matahari. Menahan diri itu bukan setakat makan dan minum tetapi menahan segala pancaindera ( Mulut , Mata , Telinga , Hidung , Perut , Kemaluan , Tangan dan Kaki). Puasa yang macam inilah yang paling baik dan mendapat ganjaran yang amat besar.

Puasa Mulut - Tak makan dan tak minum. Tak berkata yang jijik seperti mengumpat , menghina dan sebagainya. Sebaliknya berkatalah yang elok dan molek.

Puasa Mata - Mengawal mata daripada melihat yang diharamkan.. bukan senang. Hari-hari kita terdedah untuk melihat yang haram. Minimakannya... kalau terpandang jugak... banyakkan istighfar (mintak ampun kepada Allah banyak-banyak)

Puasa Telinga - Mengawal telinga daripada menderngar suara , bunyi , percakapan yang ditegah. Banyakkan mendengar yang baik seperti ayat quran , ceramah , pengajian dan perkara yang baik.

Faham tu skuad..!!! Faham tu skuad..!!! Faham tu skuad...!!!

Tiga barisan saf solat terawih di hadapan sayaa...... gerak !

Cukup dulu laaa... Nanti senang sambung.

Wasallam

Al-Faqir Ilallah
Tuan Zailani

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA KELUARGA KRS PERIMBUN

Assalamualaikum wr.wbt

Selamat Berpuasa Kepada Semua Keluarga Besar KRS Perimbun. Khususnya buat saudara kita Rehan... semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan. Bukan mudah untuk membuat satu keputusan yang sangat besar dan mengubah keseluruhan kehidupan seterusnya. Tuan sentiasa doakan agar Rehan diberikan kekuatan oleh Allah swt dalam mengharungi kehidupan mendatang.

Kepada semua anggota KRS... puasa tau. Jangan tak puasa ! ingatlah nabi ada sebut dalam satu hadithnya yang bermaksud ;

" Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan , bersunggung-sungguh dan penuh keikhlasan maka diampunkan dosanya seperti kanak-kanak yang baru lahir."

Sebenarnyanya berpuasa adalah satu proses latihan fizikal dan emosi ... yang mengajar kita membina kekuatan dalaman , mengawal perasaan , menahan naluri nafsu yang membuak-buak seterusnya membentuk jati diri seorang Islam yang bertaqwa ( mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah)

Jumpa lagi... byebye

Ikhlas Drp. Tuan Zailani