Tuesday, June 17, 2008

Kurikulum & Aktiviti KRS (Siri 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yang semua sedia maklum KRS telah ditubuhkan pada tahun 1985. Dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu. (lihat sejarah KRS). Kelahiran KRS sebenarnya telah membina ruang baru kepada seluruh pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum. Dalam KRS terdapat beberapa elemen penting yang perlu diketahui iaitu
1. Perlembagaan KRS
2. Kurikulum KRS
3. Tatacara Pemakaian Pakaian Seragam KRS dan Tatacara Pemakaian Pangkat
4. Ujian kenaikan pangkat
Keberkesanan pasukan KRS bergantung bagaimana pelaksanaan aktiviti KRS dijalankan bersandarkan kurikulum yang telah disediakan.
Siri ini akan memperkatakan kurikulum KRS
Dalam kurikulum KRS terdapat 5 item utama iaitu
1. Ketahanan Diri & Kebudayaan
2. Alam Sekitar
3. Kerohanian dan pendidikan moral
4. Khidmat masyarakat
5. Keusahawanan
Setiap item utama mengandungi tajuk-tajuk kecil yang telah digariskan. Oleh itu setiap anggota KRS adalah bertanggungjawab untuk mengetahui dan memahami apa yang sepatutnya dipelajari sepanjang menjadi ahli KRS.
Adalah tidak tepat jika ada orang mengatakan KRS ni hanya asyik berkawad sahaja. Itu tidak benar.. Berkawad adalah hanya satu daripada berbagai aktiviti KRS yang telah digariskan. Kepada semua pemimpin KRS anda perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dari masa ke semasa... supaya tidak hanya berada pada satu zon sahaja.
Cukup dulu setakat ini.

Sunday, June 15, 2008

Kem KRS Daerah dan Ujian Sarjan Negeri

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Apa khabar semua..... harap sehat walafiat.
Selamat Kembali Ke sekolah. Yang pasti kerja kita masih banyak. kata orang perjuangan yang belum selesai.

Berita terkini yang perlu tahu
1. Perkhemahan KRS Daerah H Lgt pada 23 - 25 jun 2008 di Kem Tekali

Tahniah kepada peserta Perimbun yang terpilih

2. Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan & Staf sarjan KRS Selangor 2008

tarikh terkini pada 7 - 10 Julai di Kem Bukit Lagong Gombak

3. Perkhemahan Hujung Minggu KRS Perimbun

Minta kempen dengan ahli-ahli supaya hadir kem ni. Masanya sehari sahaja. Mungkin jika ada masa buat 2 siri.