Friday, August 29, 2008

TAHNIAH BUAT PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SMK PERIMBUN 2008

Tarikh : 29 Ogos 2008
Tempat : Muhibah Square SMK Perimbun
Program : Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Perimbun 2008

Pertamanya Tuan nak ucapkan tahniah dan syabas buat semua yang menerima anugerah pada hari ini. Kejayaan ini bukan datang dengan sendirinya , ia berkat kerja keras semua anggota KRS. Yang penting kejayaan ini bukan untuk dibanggakan tetapi sebagai batu loncatan untuk membina hala tuju kehidupan mendatang yang lebih mencabar dan pelbagai. Jadikan anugerah yang diperolehi sebagai pembakar semangat , melihat keupayaan diri , untuk muhasabah diri melihat kekuatan dan kelemahan diri..

Hidup KRS Perimbun. Tahniah dan syabas kepada;

1. Staf Sarjan KRS Leonard Norman Gerard - Anugerah Juara Kokurikulum 2008 & Anugerah Bakat Kepimpinan
2. Kopral KRS Muhammad Norhakim Dahlan - Anugerah Bakat Kepimpinan
3. Pegawai Waran 1 KRS Muhammad Arif Fikri dan Pegawai Waran 1 Muhammad Safri Fazwan - Tokoh Bulan Ogos 2008
4. Penerima Anugerah Emas - Pencapaian Kebangsaan ( 4 orang)
5. Penerima Anugerah Perak - Pencapaian Negeri ( 35 orang)
6, Penerima Anugerah Emas - Penglibatan Kebangsaan (7 orang)
7. Penerima Anugerah Perak - Penglibatan Negeri (85 orang)
8. Anugerah Badan Beruniform Terbaik 2008 (KRS Perimbun)
9. Anugerah Pemakaian Uniform Lengkap Teramai 2008 (KRS Perimbun)
10. Anugerah Khidmat Bakti (Semua AJK dan Individu yang terlibat)

Nampaknya pada majlis hari ini , warna Hijau Sherwood dark green telah menguasai suasana majlis. Ketua Kontingen , pembawa bendera , penerima anugerah dan finalis anugerah juara. Setiap kategori yang disampaikan akan ada anggota KRS yang naik menerima anugerah. Inilah rezki namanya. Rezki itu milik anda. Tuan hanya sekadar pembakar sahaja.

TAHNIAAAAH ! TAHNIAAAAH ! TAHNIAAAH !
ALHAMDULILLAH .... ALLAHU AKBAR !!!

Monday, August 25, 2008

KURSUS PEGAWAI WARAN KRS KEBANGSAAN 2008

Seperti yang sedia maklum Kursus Pegawai Waran KRS Kebangsaan 2008 telah berlangsung pada 17 - 23 Ogos 2008

17 Ogos

Semua peserta melapor diri. Selangor menghantar kontingen teramai 22 orang Staf Sarjan. 3 daripadanya budak Perimbun. Sebelah malam.. taklimat dan biasalah "o" group bagi jurulatih.

18 Ogos

Peserta naik bas menuju ke Sabak Bernam. Sampai di Pantai Remis aktiviti berbasikal bermula. Yang ni tugas Tuan Zailani. Agak tercabar kesabaran bila hujan turun dengan lebat. Berkat doa agenda berbasikal dapat berjalan dengan cemerlang. Terdapat 4 kumpulan berbasikal.
Kumpulan 1 - Drp Pantai Remis ke Sungai Buluh , Jeram
Kumpulan 2 - Drp Sg Buluh ke Bukit Malawati Kuala Selangor
Kumpulan 3 - Dap Bukit malawati Ke Sg Terap
Kumpulan 4 - Drp Sg Terap ke Tanjung Karang

Sementara kump 1 dan 2 berbasikal , Kump 3 dan 4 buat ujian pengucapan awam di Bukit Malawati. Begitulah bergilir-gilir.
Jam 4.00 ptg semua berkumpul di T.Krg dan menuju ke Sabk Bernam. Kg Sungai Apong. Perkampungan orang jawa.... yo jowooo lah. Peserta di serahkan kpd keluarga angkat.
Malam - Ujian bertulis di Sk Sri Cempaka Sg Apong

19 Ogos

Aktiviti bersama masyarkat. Kilang Krepek , Ternakan Ikan Keli , Ternakan Lintah , Memetik Kelapa Muda dan yang mencabar mencari "mentarang' di pantai sabak. .. baru tau bukan senang nak jadi nelayan. Yang penting 2 laporan kena siap berkaitan industri desa.

Petang balik rumah keluarga angkat. Bersama masak juadah "nasi ambeng' .. hidangan tradisi jawa.

Malam semua peserta dan keluarga angkat ke Masjid Sg Apong , bawa nasi ambeng , bertahlil. Bila tengok nasi ambeng... tu dia. banyaknyeeeee. bleh habis ke neh. kuat betul " wong jowo mangan".

Lepas isyak.. persembahan drp orang kampung. Ketoprak , ghazal arab , marhaban... sampai jam 1.00 pagi. Tabik betul ngan orang kampung yang setia.

20 Ogos

Pagi...khidmas. Majlis penyerahan semula anak angkat. Jam 9,30 bergerak semula ke shah Alam... lawatan ke muzium , masjid negeri dan sunway piramid.

Malam pengujian kerohanian...kursus pengurusan jenazah. setiap kumpulan diberikan kain dan bungkuslah jenazah hidup.... selesai jam 1.00 pagi.

21 Ogos

6.30 pagi bersiap utk ujian fizikal...larian 2.4 km (lelaki) perempuan buat bangkit tubi etc.
8.00 pagi pengujian berpengkalan di Bukit Cerakah (sekarang Taman Botani Negara). ada 8 pengkalan iaitu
1. Kawad & kerohanian ( individu & mengajar kawad)
2. Orienteering (individu)
3. Ikhtiar hidup(Buat serkap , tangkap ikan keli guna serkap dan bakar ikan. Buat jerat)
4, Baiki basikal(buka tayar , tampal tiub) & bantu mula(DR ABC)
5. membina rakit & menyelamat di air (guna tiub lori dan buluh)
6. Alam sekitar ( transek hutan)
7. Ikatan & gajet ( 10 ikatan asas dan gajet)
8. Menjelajah taman botani ( dalam kumpulan)

selesai hari pertama jam 7.00 petang

malam .... ceramah

22 Ogos

Menyambung pengkalan sampai jam 7.00 petang
Pelbagai gelagat peserta. Yang boleh...hebat. yang biasa...biasa dan ada yang kantoi

malam raptai di SMK SAAS Seksyen 2 Shah Alam

23 Ogos

Pengistiharan Ujian Pegawai Waran
Tahniah buat semua peserta Selangor yang lulus dan TAHNIAH & SYABAS BUAT peserta SMK Perimbun Cheras Selangor
1. Pegawai Waran 1 KRS Muhammad Arif Fikri Mohd Azmi
2. Pegawai Waran 1 KRS Muhammad Safri Fazwan Ishak
3. Pegawai Waran 2 KRS Khairul Adibah Khairul Anwar

Kejayaan Anda Kebanggaan Kami. Semangat Juara Membara.

Wednesday, August 13, 2008

Berita Panas Reunion KRS Perimbun

Buat semua anggota KRS Perimbun , yang lama @ yang baru. InsyaAllah jika tiada aral yang menghalang satu Majlis Jalan-Jalan Makan Raya KRS Perimbun akan diadakan pada Hari Sabtu 25 Oktober 2008. Beri nama pada tuan @ Fateh @ Ina. Samaada nak masak sendiri atau tempahan akan dibincangkan. Sumbangan RM nya dalam dua puluh ringgit malaysia ok tak. Sila respon.... heheheheheheheheh

Tuesday, August 5, 2008

KURSUS & UJIAN PEGAWAI WAREN KRS KEBANGSAAN 2008

Tarikh Pelaksanaan : 17 - 23 Ogos 2008
Tempat : Shah Alam & Sabak Bernam

Utk makluman je

Ahad 17 Ogos - Semua peserta seluruh negara (l/kurang 200 org peserta) akan lapor diri d SAMTAJ (Sek Agama Men. Tuanku Ampaun Jamaah) Syeksen 11 Shah Alam.

Isnin 18 Ogos - Berbasikal ke Sabak Bernam. Peserta akan diklasifikasikan dalam beberapa kumpulan. Group 1 Bermula di Pantai Remis Kuala Selangor - Bukit Melawati KS. Group 2 bermula dari Bukit Melawati - Tanjung Karang. Semasa menunggu peserta dikehendaki menjalani xtvt Pengucapan Awam dan melawat Bukit Melawati. Kemudian terus naik bas ke S.Bernam. Peserta akan diberikan kepada keluarga angkat. Wong jowooo lo.... mengalami kehidupan ala Homstay dengan kehidupan orang-orang jawa dengan Tempe , Sambel Goreng , Nasi Ambeng dll. 2 malam kat S.Bernam

Rabu 19 Ogos - bertolak semula ke SAMTAJ. Di Shah Alam semua xtvt akan dijalankan di Bukit Cerakah (Sekarang dikenali sebagai Taman Botani Shah Alam) Disini semua peserta akan diuji berdasarkan modul pengujian PW.
Antara pengujiannya ialah
  1. Ujian Kawad
  2. Menjelajah Tmn Botani
  3. Membaiki Basikal
  4. Alam sekitar
  5. Ikhtiar hidup (menangkap ikan dalam sawah padi)
  6. Orienteering
  7. Ikatan / Gajet
  8. Bantu mula
  9. Ujian Fizikal
  10. Ujian bertulis
  11. Ujian kerohanian secara amali/praktikal

Sampailah hari Jumaat

Sabtu 23 Ogos - Penutup

Ada 20 orang Staf Sarjan KRS Selangor terpilih. Antaranya

  • S/Sjn KRS Mohd Arif Fikri Mohd Azmi - Hulu Langat
  • S/Sjn KRS Mohd Safri Fazwan Ishak - Hulu Langat
  • S/Sjn KRS Khairul Adibah Khairul Anwar - Hulu Langat
  • S/Sjn KRS Siti Sarah Zulkifli - Hulu Langat
  • S/Sjn KRS Noor Farhana - Kuala Selangor
  • S/Sjn Krs Muadz - Gombak
  • S/Sjn KRS Murtada - Gombak
  • S/Sjn KRS Ikmal Hadi
  • S/Sjn KRS Mimie ...
  • dan ramai lagi tak ingat namanye... lupe lak

Doakan mereka agar berjaya mengharumkan nama Selangor.

Monday, August 4, 2008

Camping Hujung Minggu

Pada 2 Ogos 2008 telah berlangsung camping hujung minggu KRS Perimbun. Alhamdulillah ramai yang hadir 150 orang.

7.30 am
perhimpunan BBU - hari ini bomba jadi hos
(nyanyian lagu Negaraku/Selangor/KRS)
8.00 am
Perkongsian ilmu dengan Unit Beruniform yang lain
8.30 am
Peserta KRS berhimpun kat Kem Tepian Rimbun
Taklimat & agihkan kumpulan
Aktiviti terus dijalankan melalui 4 pengkalan bergilir dan 1 pengkalan tetap

Pengkalan bergilir
  1. Ikatan & Gajet
  2. Bantu mula
  3. Orienteering
  4. Kawad

Pengkalan Tetap

  1. Ikhtiar hidup (utk otai-otai je)

12.45 th

Rehat / makan t.hari/solat zohor dan tazkirah

2.00 pm

Sambung aktiviti

Semua aktiviti pengkalan berjalan lancar. Hebat ... tahniah diucapkan. Terima kasih kepada semua pembantu jurulatih yang telah menjalankan xtvt dengan baik dan cemerlang.

Di pengkalan tetap - ikhtiar hidup berjalan xtvt memasak ayam dalam buluh campur daun ubi. 3 ekor ayan yang telah dipencenkan menjadi mangsa. Selain itu dimasak juga lemang ubi kayu... wooow !!!!!! nak resepi bleh bagi. Pulut kuning n ayam golek macam biasa @ roti telur satu.

Tahun 2009.... ingat nak buat 3 siri camping hujung minggu 1 camping tahunan. camne

  1. Camping asas
  2. Camping lanjutan
  3. Ujian naik pangkat

Camping tahunan - camping kepimpinan & kembara belantara yang ori. kita gi tempat yang tak ada kemudahan asas. Secara suvivor & ikhtiar hidup