Friday, August 21, 2009

Lawatan PK Hulu Langat ke SMK Perimbun

20 Ogos 2009

Satu lawatan daripada Penolong kanan Daerah Hulu Langat ( 45 orang) telah datang melawat SMK Perimbun. Lawatan ini bertujuan melihat SMK Perimbun sebagai penanda aras untuk sekolah-sekolah di daerah.

Pada jam 8.00 pagi ketibaan mereka disambut dengan "persembahan Kawad Berirama"... wow.hebat..hebat.. pujian ikhlas daripada mereka. Alhamdulillah. Tidak ada yang mustahil jika suatu perkara itu dibuat dengan cara yang terbaik.

So... camne... tahniah dan syabas dari tuan

Thursday, August 20, 2009

Majlis Pentauliahan Pegawai Pengurusan KRS Daerah Hulu Langat

19 Ogos 2009....bertempat di PPD Hulu Langat.

Seramai 126 Pegawai PPD , Pengetua , Guru Besar , Penolong Kanan telah ditauliahkan sebagai Pegawai Pengurusan KRS. Pengarah KRS Negeri , Tuan Dr Zahri Abd Aziz telah menyempurnakan semua tauliah tersebut.

KRS Perimbun telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa acara penting iaitu
1. Mengepalai Kawad Kawalan
2. Membuat persembahan Kawad Berirama
3. Membuat pameran KRS

Tuan Pengarah telah memuji pasukan KRS Perimbun... HEBAT !!!!! katanya.

Terima kasih buat semua pasukan dan semua krew KRS Perimbun atas pencapaian ini.

Sebenarnya tuan amat terharu... selama 10 tahun perjuangan tuan di Daerah Hulu Langat untuk memperkasakan KRS..sudah nampak hasilnya. Kini uniform Hijau Sherwood Dark green telah mewarnai hampir seluruh sekolah daerah hulu langat. Hampir menitis air mata bila melihat Pegawai KRS Daerah Tuan Ismail Musa memulakan majlis pentauliahan... dengan kesegakan dan penampilan semua pegawai.

HIDUP KRS HULU LANGAT....BERKATI PERJUANGAN KAMI

Kini ...tugas berat menanti..untuk mengisi dan memperkasakan pula aktiviti KRS kepada seramai mungkin ahli di Daerah. Khususnya di Perimbun... seharusnya "maintain & sustain " faham itu skuad. Dengar sini semua sekali... apabila tiba seruan untuk terus berjuang merealisasikan aktiviti KRS.... segeralah bertindak , berada dibarisan hadapan , bersama-sama , menyahut slogan ILMU , IMAN dan AMAL .... membentuk barisan anak-anak bangsa menjadi modal insan yang bertaqwa , berketerampilan , berdedikasi dan berakhlak mulia. Amien..

Sunday, August 9, 2009

Kem Hujung Minggu KRS Perimbun

Pada 8 Ogos yang lalu seramai 120 orang anggota KRS Perimbun berkampung dalam satu Perkemahan Hujung Minggunya. Pada masa yang sama diadakan ujian Kopral dan Lans Kopral.

Bertempat di Kem Tepian Rimbun...satu nama yang indah dan romantik adalah sebuah kem latihan kecil di SMK Perimbun telah diwujudkan. Boleh memuatkan 100-150 peserta dalam satu-satu masa. Dalam perkemahan itu telah dijalankan beberapa aktiviti dan ujian naik pangkat iaitu

a. Ujian Fizikal.... baru dia tau ingat senang nak naik pangkat..
b. Ujian kawad...yang ok dan ko
c. Ujian bertulis... Fuuuuuuh... poning gak
d. Ujian Ikatan..... yang mana satuuuu ni
e. Ujian Gajet... ikat jangan tak ikat
f. Ujian Kerohanian....Qunut panjang ke qunut pendek
g. Ujian Ikhtiar Hidup..... alamat telur den dah masak..hehe
h. Ujian Orienteering..... betul ke ni Qiblatnya.... sah-sah-sah

Yang seronok tu...maasak. Setiap kumpulan (5 kumpulan) kena masak sendiri , bawak beras sendiri , ikan sadin , telur... alhamdulillah kenyang.

Keputusan rasmi yang lulus akan dipamerkan pada 12 Ogos ni...jeng-jeng-jeng

Tahniah Pegawai Waran Hulu Langat

Alhamdulillah ...walaupun lewat nak tulis. Mungkin semua dah tahu satu Malaysia bahawa kontinjen Hulu Langat seramai 18 orang yang pergi kursus Pegawai Waran pada 20-24 Julai yang lalu menunjukkan hasil yang membanggakan.

7 orang ditauliahkan PW 1
9 orang dilauliahkan PW 2
2 orang tak bernasib baik

Tahniah buat PW semua