Thursday, July 7, 2011

Perkhemahan KRS Peringkat Daerah Hulu Langat 2011


Assalamualaikum wbt.

Bertarikh 3 Mei 2011 hingga 6 Mei 2011 , daerah Hulu Langat sekali lagi mengadakan perkhemahan tahunan di Kem Herba , Sg. Congkak , Hulu Langat. Setiap sekolah di daerah Hulu Langat di wajibkan menghantar seramai 8 peserta dan menjadikan jumlah keseluruhan mencecah hampir 300 orang termasuk jurulatih , jurulatih muda dan pembantu jurulatih.

Sekali lagi dalam sejarah perkhemahan ini diadakan selama 4 hari dan terdapat 8 aktiviti yang telah di jalankan :-

1. Pertolongan Cemas
2. Ikhtiar Hidup
3. Kembara Belantara
4. Alam Sekitar
5. Gajet
6. Ikatan dan Simpulan
7. Pandu Arah dan Orienteering
8. Rekreasi Tali
9. Pengurusan Jenazah

dan juga terdapat beberapa pertandingan dijalankan seperti :-

1. Malam Kebudayaan ( mengikut kumpulan )
2. Gajet ( mengikut sekolah )
3. Ikhtiar Hidup ( mengikut sekolah )
4. Kembara Belantara ( mengikut kumpulan )

Sekolah SMK Perimbun telah menghantar seramai 8 peserta , 10 pembantu jurulatih , 10 jurulatih muda dan 2 jurulatih . Peserta yang terlibat :-

1. Khairul Mizan
2. Muhd Fikri
3. Mukhsin
4. Bernard
5. Balqis
6. Lee May Ling
7. Mardiana
8. Efa Farahin

Dan perkhemahan ini telah berjalan dengan jayanya walaupun terdapat hujan tetapi berbekalkan moto "Ilmu, Iman, Amal", para peserta tetap melakukan aktiviti dengan penuh bersemangat.

Tahniah diucapkan kepada yang terpilih , semoga ilmu yang dibekalkan di perkhemahan ini dapat digunakan untuk mengajar rakan-rakan yang lain supaya ilmu itu tidak sia-sia.

Sekian .. :)

Khairul Mizan meredah sungai menggunakan tali.

Makanan yang telah disediakan oleh para peserta.

Senaman pagi oleh semua peserta perkhemahan.

Tuan Zailani menerangkan tentang pengurusan jenazah.

Saturday, April 9, 2011

Pertandingan Kawad Kaki PDHL 2011

Assalamualaikum wbt.

Tanggal 2 April 2011 telah berlangsung pertandingan kawad kaki ( L ) peringkat daerah hulu langat 2011 di PPD , Kajang . Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang.

Tanggal 9 April 2011 telah berlangsung pertandingan kawad kaki ( P ) peringkat daerah hulu langat 2011 di PPD , Kajang . Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Seperti biasa SMK Perimbun telah menghantar pasukan elit kadet putera dan puteri nya ke pertandingan ini dan telah berjaya mendapat kan keputusan :-

KRS ( L ) - Johan
KRS ( P ) - Johan
Ketua Platun Lelaki . ( Muhammad Ariff Yasri )

Alhamdulillah . Tahniah dan syabas buat pasukan elit KRS Perimbun . Semoga dapat meneruskan perjuangan di masa akan datang dan perbaiki kesilapan yang lalu .. Sekian .. :)


Airbond Putera

Airbond Puteri