Sunday, April 26, 2009

Sebuah Gurindam Buat Semua

Salam gembira dari tuan buat semua
Kini kita berjaya membina nama
Kejayaan yang tiba sungguh bermakna
Terima kasih kepada putera puteri ku semua

Berkawad... penat , boring memang biasa
Bila berlatih...lopong sini dan lopong sana
Bila ditanya macam-macam lah jawab nya
Bila bertanding menang lak pula

Mula menang berbaris di balapan sukan kita
Kawad daerah dah sah putera yang perkasa
Puteri pula tak kurang hebatnya
Naib johan tuuu... bukan senang nak cipta

Pegi negeri...tempat sendiri ada lebihnya
Naib johan negeri..satu impian dah di cipta
Kini tugas diminta dengan irama lak pula
Mari tunjukan kehebatan depan para PPD dan pengetua

Ada lagi cerita Perimbun lah halnya
2 putera pegi Kedah "camping" kebangsaan
Balik sudah tunjukkanlah kemahirannya
Itu Rashid , Syazwan perwira Perimbun

Kini seorang puteri pegi Kelantan
Untuk berjuang di arena kebangsaan
Insyirah terpilih jadi ayam tambatan
Bila balik siaplah untuk di tunjukan

Kini tuan kat Melaka bina rancangan masa depan
Untuk terus membina sejarah KRS Perimbun
Hanya kalianlah yang sebenar jadi harapan
Jom..jom..bangkit jadi putera-puteri yang budiman

Thursday, April 9, 2009

Kem KRS Daerah 2009

Pada 7 - 9 April 2009 bertempat kat Kem Tekali telah berlangsung Kem KRS daerah. Seramai 160 peserta 19 jurulatih dan 13 pembantu jurulatih telah berkampung dan ber"kemping"

Biasalah menjalankan xtvt KRS (seperti dalam kurikulum KRS) dijalankan iaitu

1. APB - Aktiviti pengkalan bergilir
2. PT pagi
3. Kebudayaan
4. Ceramah
5. Kerohanian

Perkhemahan berjalan lancar...memang bagus
Tahniah dan syabas buat semua budak Perimbun (8 orang peserta) dan 2 helpers

Hidup KRS Perimbun

Cerita Semasa KRS Perimbun (Kem Negeri)

Pada 3 - 6 April yang lalu telah berjalan Perkhemahan KRS Selangor. Budak perimbun pun terpilih lah. antaranya

1. Syazwan Ismail
2. Insyirah
3. Muhd Rashid Khalifah
4. Nosyuhada

Perkhemahan ini dilaksanakan oleh Daerah Petaling Utama bertempaat di SMK Lembah Subang.

Kawad Kaki KRS Negeri Selangor 2009

Kawad kaki KRS Selangor(Kategori lelaki) akan berlangsung pada 22 April 2009 bertempat di Padang Kawad Maktab Penjara Malaysia Kajang. Berilah sokongan , doa restu semoga kai berjaya.

Shubungan dengan itu satu latihan pusat utk pasukan kawad KRS Perimbun akan diadakan pada

11 hingga 12 April 2009

Semua yang terlibat dengan kawad ..hadir. Faham itu skuad