Friday, November 21, 2008

Tahniah & Terima Kasih Buat Pn Hjh Jamelah

Terima kasih buat Pn Hjh Jamelah Bt Mansor kerana telah memasuki dan melawat blog KRS Perimbun pada 19 Nov 2008 jam 12.04 pagi.

Kami warga KRS Perimbun sekali lagi mengucapkan "tahniah" buat puan dilantik Timbalan Pengarah Sekolah Kluster & Berasrama Penuh di Kementerian. Sebenarnya kami amat merasai kehilangan puan. Jasa puan tidak terhingga banyaknya. Kejayaan kami pun sebenarnya banyak mendapat dorongan daripada puan.

Kini kami berazam terus... utk membawa KRS ke mercu kegemilangan. Jika di izinkan Allah dan tiada halangan yang mendatang tahun 2009 akan datang insyaAllah.

Antara yang telah dirancang

1. Spt biasa Kawad(pertandingan/berirama) dan perkhemahan(hujung minggu/tahunan)
2. Pertandingan Orienteering , Pertandingan Piorneering , Pertandingan Memasak
3. Pasukan Kompang KRS Berirama (ala brassband)

Pn doakan agar perencanaan ini berjaya

Monday, November 17, 2008

Aktiviti KRS 2009

Assalamualaikum wr.wbt

Skarang ni tuan ada Coral Bay Pulau Pangkor. Sedang berkursus Pengurusan Sekretariat KRS Negeri Selangor. Membina modul atvt KRS 2009. Sehubungan dengan itu tuan minta cadangan anda sekelian.... sila cadangkan xtvt KRS Perimbun 2009. Nanti mana-mana yang bagus dan relevan akan dipertimbangkan. OK

Wednesday, November 12, 2008

Reunion KRS Perimbun

Kepada semua anggota KRS SMK Perimbun yang telah tamat persekolahan. Satu majlis reunion akan diadakan. Anda akan dihubungi oleh rakan anda... pastikan anda hadir. Kehadiran anda amat berharga...

Tarikh dan tempat akan diberitahu. Keterangan lanjut sila hubungi Fateh dan Ina

Insyallah tuan akan hadir bersama

Selamat Menduduki SPM & STPM 2008

Selamat menduduki SPM dan STPM. Tuan doakan kejayaan kalian. Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Usaha dan terus bekerja keras. Insyaallah kejayaan berpihak kepada anda semua.

apa pun... jadilah insan yang bermanfaat buat manusia lain. Jangan putus asa. Selepas ini terima .. apa sahaja keputusan yang diperolehi. Jatuh bangun adalah fitrah perjuangan.

Selamat Maju Jaya