Thursday, December 24, 2009

PERKHEMAHAN TAHUNAN & EKSPEDISI GUA SENYUM KRS PERIMBUN KALI KE-8 TAHUN 2009

Alhamdulillah...syukur camp KRS 2009 berjaya dengan amat cemerlang. Terima kasih buat semua.

Pada 19 - 22 Dis 2009 seramai 70 peserta bersama 4 guru dan 7 tetamu telah menjayakan camp KRS kali ke 8.

Pada hari pertama semua peserta teruja apabila melawat sekitar gua senyum iaitu gua kolam 7 , gua angin , gua terang bulan , gua taman , gua taman laut , gua makam tok long , gua silat. Sebagai pembuka perkhemahan kali ini. Sebelah malam peserta membina logo-logo kumpulan

Hari kedua...kena berjalan (jungle tracking) 3.5 KM...akhirnya sampai ke gugusan gua jebak puyuh ...antara lain kami menjelajah gua rangkak , gua sisik , gua mayat , gua straw , gua gelap , gua candi , gua kapal , gua jebak puyuh , gua ular dan lain-lain....subhanallah...tidak terkata melihat ciptaan Allah dan khazanah alam...kepenatan yang yang dilalui hilang kerana keterujaan gua-gua yang ada.
Sebelah petang...pesta menangkap ikan keli. Kata orang Negori 9 " MENGOCA"...ramai-ramai tangkap ikan dalam lubuk ikan. Macam-macam gelagat peserta menangkap keli..goli den..ha ha ha...petang tu kami meratah ke;i bakar sebagai lauk malam...100 ekor keli berjaya ditangkap.

Hari ketiga...aktiviti diteruskan dengan pelbagai xtvt dalam pengkalan iaitu berkawad , orienteering , ikatan dan gajet , membina rakit dan berakit , river crossing...banyak pengetahuan dan pengalaman dipelajari.
Sebelah malam...malam bakat terendam...semua kumpulan telah buat persembahan yang terbaik...ada pentomin , sketsa , dikir barat...yang hebat kumpulan nasyid dari "WHITE HOUSE" dengan penyertaan seorang tokoh 'BARACK OBAMA PERIMBUN"...GITU LAH KELIAN. Dan sebuah persembahan hebat daripada KRS (B) , bertenaga , terhibur dan mempunyai aura tersendiri..tuan bangga dengan kelian. Lagu khas tu rasanya elok dikomersialkan sebagai identiti baru KRS Perimbun.. tengok kat you tube... malam tu persembahan keseluruhannya tuan beri 5 bintang.

Hari akhir menjelma...sekejap je dah tamat. kami balik dengan senyuman..Tahniah..syabas Banggo Den

sekalung terima kasih buat isteri dan anak (widad) , buat teman tapi mesra Norsuzana , rakan setugas Puan Ros , sahabat krew Nuar , Abg Zul , Abg Didi , Abg Suarri dan buat intan yang bersama-sama joint camp krs. Terima kasih buat peserta yang berdisiplin , buat KRS (B)...tuan bangga dengan kelian

apa kata mereka

1. Isteri den kato...memang hebat...exellent
2.Kato teman den..Suzana...camp KRS bertaraf 5 bintang...sudi-sudilah jemput lain kali
3.Widad pun komen.. dia kato ..BESSSST
4. cG zAFRAN SEBUT...tahun depan nak joint lagi
5. banyak lagi tak terkato...

Wednesday, November 4, 2009

Bersama Bangunkan Modal Insan

Sebuah catatan Tuan Zailani

Semenjak saya terlibat dan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti : perkhemahan , rehlah , muqayyam , kem motivasi , khemah ibadat , xpdc mendaki gunung , menjelajah gua , berakit , 4x4 adventure , kursus naik pangkat , kem integrasi , kem smart solat , kem kepimpinan dan banyak lagi..... semenjak 1982 , terlalu manis bagi saya dan pelbagai pengalaman ditemui.

Semua ini bukan sekadar...seronok dan membuang masa.... ia bergantung bagaimana setiap program direncanakan , objektifnya , perjalanan aktivitinya dan keikhlasan hati menjayakannya. Secara jujur ingin saya perkatakan disini bahawa setiap aktiviti yang saya terlibat adalah aktiviti atau program yang umumnya mengandungi unsur pembangunan insan. Orang sekarang sebut " Modal Insan" Melalui program seperti ini yang kebanyakkannya dibuat diluar bilik darjah menekankan
1. Perkembangan dan pembangnan kognitif (pengetahuan)... seperti mengajar pelbagai ilmu seperti kepimpinan , pengurusan , kemahiran , agama dan sebagainya. Biasanya ditekankan dalam sesi ceramah , Latihan dalam Kumpulan (LDK) , tazkirah , pembentangan kertas kerja dan modul-modul tertentu
2. Perkembangan dan pembangunan komunikasi melalui penglibatan dalam kumpulan , pergerakkan dan jenis aktiviti itu sendiri. Tentatif itu sendiri mengajar peserta berkomunikasi melalui arahan , penerangan , perbincangan , simulasi dan melakukan aktiviti
3. Perkembangan dan pembangunan nilai melalui aspek tanggungjawab , jujur , ikhlas , berani , cekal dan sebagainya yang merentasi seluruh aktiviti daripada awal hingga akhir.
4. Perkembangan dan pembanagunan mental dan fizikal pula selalunya melalui aktiviti yang mencabar minda dan fizikal seperti mendaki , memanjat , berakit , abseilling ,menyelesaikan tugasan , games , merempuh halangan , berkawad dan seumpanya

Monday, October 5, 2009

Majjlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Perimbun 2009

Tahniah kepada penerima anugerah 2009

1. Pasukan Beruniform Paling Aktif 2009 - KRS
2. Pemakaian Uniform Paling Ramai (setiap Rabu)- KRS
3. Guru Aktif Kokurikulum - Tuan Mohd Zailani
4. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
  • Staf Sarjan KRS Nor Saffa Insyirah Maserah
  • PW 2 KRS Khairul Adibah Khairul Anwar
5. Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan
  • Sarjan KRS Mohd Aidil Rosli
  • PW 1 KRS Mohd Arif Fikri Mohd Azmi
  • PW 1 KRS Mohd Safri Fazwan Ishak
6. Anugerah Juara Kokurikulum (Keseluruhan)
  • Sarjan KRS Mohd Aidil Rosli
Marilah kita bersyukur dan terus mempertahankan kecemerlangan diri dan pasukan. Kepada semua anggota KRS ...."Terus Maju , Berusaha..jadikan diri terus berjaya.." " KRS pasti boleh oww" dan yang penting kejayaan yang diserta keredhaan Allah swt

Friday, September 18, 2009

Rumah Terbuka Tuan Z

Kepada semua warga KRS , dijemput hadir ke rumah terbuka tuan.

Tarikh : sepanjang syawal
Masa : Call dulu
Menu : Apa yang adalah

Datang...jangan tak datang. Duit raya terhad

Selamat Hari Raya ...Antara Adat & Syari'at

Selamat menyambut hari raya bersama keluarga. Semoga tergolong kepada mereka yang berjaya menghadapi tarbiyyah ramadhan. Antara yang berjaya melalui tarbiyyah ramadhan ialah mereka...

1.Bertambah nilai taqwa dalam diri dan mendapat keampunan Allah
  • Berasa senang dan selesa melaksanakan perintah allah selepas 30 hari berpuasa. Rasa seronok dan senang hati melakukan solat 5 waktu , sentiasa ghairah untuk terus membaca quran , rasa malu untuk melakukan maksiat dan dosa , sentiasa merasakan kebesaran Allah. Dan banyak lagi tandanya
  • Bila melakukan kesilapan...terasa berdosa dan segera bertaubat
  • Tidak mengulangi lagi kesilapan dan maksiat yang dibuat
  • Cinta untuk mentaati perintah Allah semakin kuat
  • Sentiasa merasakan Allah memerhatikan tingkah laku kita walau dalam apa juga keadaan
Oleh itu saya menyeru buat diri saya dan untuk kalian semua...jadilah insan yang benar-benar bertaqwa kerana taqwa itulah sebaik-baik bekalan menuju alam akhirat yang kekal abadi.

Tuesday, September 1, 2009

Tazkirah Ramadhan...Mari Mencari Keampunan Allah

Assalamualaikum semua

Beberapa perkara menarik dalam Ramadhan

Perlu diketahui bahawa apakah sebenarnya matlamat Puasa...... adakah mengejar Hari raya , Berniaga di pasar Ramadhan , Kumpul duit Raya atau....mencari keseronokkan happy go lucky. Sebenarnya disebut dalam Quran sebagai..." Difardhukan kepada kamu berpuasa .....supaya kamu bertaqwa". Oleh itu carilah taqwa itu. Kejarlah taqwa itu.. Taqwa itulah matlamat puasa.. Tau tak.... kalau tak tau...ni nak bagi tau la ni...jadi apakah tanda sebagai seorang yang berpuasa itu mencapai dan mendapat taqwa... jadi kena tahu ciri-ciri orang yang bertaqwa. Sesungguhnya al-Quran sendiri menerangkan... orang yang bertaqwa itu....

" Iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib dan mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezki yang kami kurniakan kepada mereka (mengeluarkan zakat dan bersedekah) dan mereka yang beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada kamu (al-quran) dan wahyu yang diturunkan sebelum kamu dan mereka yakin kepada hari akhirat. Merekah orang-orang yang mendapat hidayah dan merekalah yang beruntung."
(Al-Baqarah Ayat 3-5)

1. Beriman kepada perkara ghaib iaitu percaya akan dosa dan pahala , akan kebenaran siksaan kubur , akan adanya pembalasan akhirat , dan sebagainya. walaupun tak nampak tetapi yakin 100% akan adanya dan berlakunya ia tanpa ada sedikitpun keraguan

2.Dirikan solat.... puasa rajin tapi solat macam mana... kena ingat solat adalah tiang kepada agama dan rukun islam yang 5

3. Banyakkan sedekah dan keluarkan zakat. Zakat ada 2 jenis...Zakat Fitrah dan Zakat Harta
termasuk pendapatan dan perniagaan. Ingat dalam harta kita ada daki yang perlu dibersihkan dengan membayar zakat

4. Yakin dengan wahyu...100 %. Haram katanya...maka haramlah. Boleh katanya...maka bolehlah jangan berdolak dalik.

5. Ingat bahawa pembalasan pada hari akhirat itu sangat benar dan janji Allah itu bukan main-main.

Oleh itu jika benar-benar puasa dan mencari taqwa...pasti diri ini akan lebih mentaati Allah dan menjadi mereka yang beruntung

Friday, August 21, 2009

Lawatan PK Hulu Langat ke SMK Perimbun

20 Ogos 2009

Satu lawatan daripada Penolong kanan Daerah Hulu Langat ( 45 orang) telah datang melawat SMK Perimbun. Lawatan ini bertujuan melihat SMK Perimbun sebagai penanda aras untuk sekolah-sekolah di daerah.

Pada jam 8.00 pagi ketibaan mereka disambut dengan "persembahan Kawad Berirama"... wow.hebat..hebat.. pujian ikhlas daripada mereka. Alhamdulillah. Tidak ada yang mustahil jika suatu perkara itu dibuat dengan cara yang terbaik.

So... camne... tahniah dan syabas dari tuan

Thursday, August 20, 2009

Majlis Pentauliahan Pegawai Pengurusan KRS Daerah Hulu Langat

19 Ogos 2009....bertempat di PPD Hulu Langat.

Seramai 126 Pegawai PPD , Pengetua , Guru Besar , Penolong Kanan telah ditauliahkan sebagai Pegawai Pengurusan KRS. Pengarah KRS Negeri , Tuan Dr Zahri Abd Aziz telah menyempurnakan semua tauliah tersebut.

KRS Perimbun telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa acara penting iaitu
1. Mengepalai Kawad Kawalan
2. Membuat persembahan Kawad Berirama
3. Membuat pameran KRS

Tuan Pengarah telah memuji pasukan KRS Perimbun... HEBAT !!!!! katanya.

Terima kasih buat semua pasukan dan semua krew KRS Perimbun atas pencapaian ini.

Sebenarnya tuan amat terharu... selama 10 tahun perjuangan tuan di Daerah Hulu Langat untuk memperkasakan KRS..sudah nampak hasilnya. Kini uniform Hijau Sherwood Dark green telah mewarnai hampir seluruh sekolah daerah hulu langat. Hampir menitis air mata bila melihat Pegawai KRS Daerah Tuan Ismail Musa memulakan majlis pentauliahan... dengan kesegakan dan penampilan semua pegawai.

HIDUP KRS HULU LANGAT....BERKATI PERJUANGAN KAMI

Kini ...tugas berat menanti..untuk mengisi dan memperkasakan pula aktiviti KRS kepada seramai mungkin ahli di Daerah. Khususnya di Perimbun... seharusnya "maintain & sustain " faham itu skuad. Dengar sini semua sekali... apabila tiba seruan untuk terus berjuang merealisasikan aktiviti KRS.... segeralah bertindak , berada dibarisan hadapan , bersama-sama , menyahut slogan ILMU , IMAN dan AMAL .... membentuk barisan anak-anak bangsa menjadi modal insan yang bertaqwa , berketerampilan , berdedikasi dan berakhlak mulia. Amien..

Sunday, August 9, 2009

Kem Hujung Minggu KRS Perimbun

Pada 8 Ogos yang lalu seramai 120 orang anggota KRS Perimbun berkampung dalam satu Perkemahan Hujung Minggunya. Pada masa yang sama diadakan ujian Kopral dan Lans Kopral.

Bertempat di Kem Tepian Rimbun...satu nama yang indah dan romantik adalah sebuah kem latihan kecil di SMK Perimbun telah diwujudkan. Boleh memuatkan 100-150 peserta dalam satu-satu masa. Dalam perkemahan itu telah dijalankan beberapa aktiviti dan ujian naik pangkat iaitu

a. Ujian Fizikal.... baru dia tau ingat senang nak naik pangkat..
b. Ujian kawad...yang ok dan ko
c. Ujian bertulis... Fuuuuuuh... poning gak
d. Ujian Ikatan..... yang mana satuuuu ni
e. Ujian Gajet... ikat jangan tak ikat
f. Ujian Kerohanian....Qunut panjang ke qunut pendek
g. Ujian Ikhtiar Hidup..... alamat telur den dah masak..hehe
h. Ujian Orienteering..... betul ke ni Qiblatnya.... sah-sah-sah

Yang seronok tu...maasak. Setiap kumpulan (5 kumpulan) kena masak sendiri , bawak beras sendiri , ikan sadin , telur... alhamdulillah kenyang.

Keputusan rasmi yang lulus akan dipamerkan pada 12 Ogos ni...jeng-jeng-jeng

Tahniah Pegawai Waran Hulu Langat

Alhamdulillah ...walaupun lewat nak tulis. Mungkin semua dah tahu satu Malaysia bahawa kontinjen Hulu Langat seramai 18 orang yang pergi kursus Pegawai Waran pada 20-24 Julai yang lalu menunjukkan hasil yang membanggakan.

7 orang ditauliahkan PW 1
9 orang dilauliahkan PW 2
2 orang tak bernasib baik

Tahniah buat PW semua

Tuesday, July 21, 2009

Hala Tuju KRS

Buat semua ahli KRS

Satu persoalan yang sepatutnya bermain dalam benak fikiran anda...ialah apakah impak @ halatuju anda sebagai ahli KRS ??????

Cuba berfikir.... semasa anda menjadi ahli KRS dan sesudah bersara (B)...

Jika boleh tuan nak berkongsi sikit....jika boleh diterima oleh anda semua. Sila respon pendapat anda dengan pendapat saya..

1. Sebagai ahli satu pasukan yang berjenama... anda juga harus mencipta jenama anda. Maksudnya jadilah seorang yang berketerampilan dalam komuniti anda seperti:
  • Hidup beragama adalah teras yang utama sebagai insan @ hidup yang penuh jatidiri bernegara dan bermasyarakat
  • Jadi pemimpin kecil dalam masyarakat
  • Sentiasa memiliki sifat kesukarelawan yang tinggi
  • Suka memberikan khidmat
  • Suka kepada kerja yang berfaedah
  • Sentiasa bersedia dibarisan hadapan dalam apa juga keadaan
2. Pasukan yang hebat lahir dari anggota yang hebat. Anggota yang hebat terdiri dari sifat-sifat diri yang hebat seperti memiliki
  • Daya juang yang tinggi
  • Sentiasa menjadi contoh
  • Tidak pernah tahu erti mengalah
  • Memiliki ilmu yang sentiasa berkembang
  • Sentiasa ingin maju
  • Keredhaan ilahi adalah segalanya
  • Sedia dipimpin untuk memimpin
Sekian dulu. Nanti sambung lain...ok

Kursus Pegawai Waran KRS Selangor

Buat semua anggota KRS. Sekarang sedang berjalan Kursus Pegawai Waran KRS Selangor

Tarikh : 20-23 Julai 2009
Tempat ; komplek Rakan Muda Kelang

Doakan kepada skuad KRS Hulu Langat ( 18 staf sarjan) berjaya dan suksess

Tuesday, June 30, 2009

Tahniah Buat Sarjan Dan Staf Sarjan KRS Hulu Langat

Assalamualaikum wr.wbt

Tahniah buat semua peserta yang berjaya lulus Sarjan Dan Staf Sarjan KRS Daerah Hulu Langat yg telah mengikuti kursus dengan bersungguh-sungguh. Inilah pertama kali dalam sejarah KRS Hulu Langat mengendalikan kursus sarjan dan staf.

Khusus buat 6 kadet KRS Perimbun yg semuanya berjaya dapat Staf Sarjan. Agaknya jika 36 KRS Perimbun pergi... semua boleh lulus Staf...hehe.. tu rezki namanya

Siap sedia untuk kursus Pegawai Waran 20 - 24 Julai 2009 nanti di Komplek Rakan Muda Kapar Kelang.

Tahniah juga buat semua jurulatih KRS Hulu :Langat. Atas kerja kuat anda semua.

Tuesday, June 16, 2009

Kursus Sarjan & Staf Sarjan KRS 2009 DHL

Pada 22 - 24 Jun bertempat di SMK Bandar Rinching akan dilaksanakan Kursus Sarjan & Staf Sarjan. Terbuka kepada semua ahli KRS yang berpangkat Kopral untuk diuji..

1.Kpd peserta Perimbun... bersedia bersungguh-sungguh. Ujian ni memang penting untuk terpilih pergi Kursus Pegawai Waran nanti. Kini peluang lebih luas. 4 peserta - 6 peserta akan dipilih.

2.ada 10 item ujian akan dilalui.

3. Bersiap siaga sekarang
ada item teras yang wajib lulus dan item elektif sebagai pelengkap.

Ok..faham skuad

Monday, June 8, 2009

Salam Percutian

Assalamaualikum wr.wbt

Buat semua kadet... telah berlalu semester pertama sesi 2009. Seperti biasa KRS bergerak dengan caranya tersendiri. Dengan sukannya , kawadnya . perkhemahannya dan pelbagai lagi.

Tuan amat berbangga dengan pasukan ini...kerana semangatnya , komitmennya dan apa yang telah dipamerkan kepada semua.

Kini kita dikenali dengan persepsi yang cukup gah...bila kawan bertanya...pasukan mana tu yang buat kawad irama....Perimbun. Memang patut mereka menang.... Pasukan engkau wak memang hebat. Seronok kami tengok budak-budak engkau tu. Bukan senang ni nak jadi cam tu.... Itulah yang telah menjadi dan terjadi kat kita.... ni

Yang pasti "Jenama" KRS PERIMBUN sudah termasyhur... jadi pertahankanlah...

Sekarang cuti-cuti-cuti.... jangan semuanya cuti

1. Sembahyang jangan cuti kecuali yang dicutikan !
2. Baca buku jangan cuti
3. Buat baik jangan cuti
4. Buat yang berfaedah jangan cuti
5. Banyak lagi

Nak bercuti pun biarlah yang memberi kesan kepada kita...lihatlah alam , lihatlah tingkah laku manusia , lihatlah persekitaran , pelajarilah daripadanya.. mengembaralah , berkelanalah...supaya minda lebih terbuka. Bertambah ilmu akan menambahkan lagi keinsafan diri...bahawa kehidupan didunia yang fana ini sementara. Hidup yang kekal abadi nuuuuun...disana ...disana...disana....yaumul akhirat. Sudah bersedia ke belum.

Naik cuti kursus sarjan/staf sarjan.... jeng jeng jeng.....siapalah yang terpilih buat dengan baik supaya boleh pegi ke Pegawai Wareeeen..salah tu.... Pegawai Waran !!! hahaha

Heii dah mula tuuu.....sekian

Thursday, May 28, 2009

BUAT GURU

Seawal musim menimba ilmu,
Hanya kau cikgu yang kukenali,
Kejujuran dan keikhlasanmu,
Sahdu jiwaku....

Detik berlalu jua ketika,
Niatmu tetap terus menyala,
Jasa baktimu kusanjung tinggi,
Terima kasih cikgu....

Tiap detik jasamu dikenang,
Ku abadi saban waktu,
Walaupun jauh di rantau orang,
Terimalah sanjunganKu.....

Seumpama lilin yang membakar diri,
Kau cikgu di hormati,
Dengan tulus hati kulafaskan kata,
Terima Kasih CIKGU..

-Pakteh ( Khas Guru SMKP )

Saturday, May 23, 2009

Kawad Berirama..... They Are The Best !!!!

Sejarah buat KRS Perimbun....berjaya memukau hadirin semasa majlis perasmian " Pelancaran Rakan Muda Sekolah , Negeri Selangor " Bertempat di PPD pada 23 Mei 2009 jam 9.30 pagi Pasukan KRS Perimbun melaksanakan tanggungjawab membuat persembahan perasmian dengan penuh bersemangat dan bergaya.

Hadirin yang hadir daripada seluruh pelusuk Selangor.. terpaku dan terpukau dengan persembahan Kawad Berirama. Ramai rakan dan taulan tuan mengucapkan tahniah atas kehebatan Pasukan Kawad Perimbun.

Sekalung tahniah dan syabas buat kalian. Tiada yang mustahil..bila dibuat bersungguh-sunguh. Puan Hjh Petry Noor Bt Megat Adnan yang turut sama menyaksikan persembahan tadi juga terpegun dan merasa bangga.

Sunday, May 17, 2009

Pelancaran Rakan Muda Negeri Selangor 2009

Daerah Hulu Langat dipilih sebagai tuan rumah pelancaran ini yang akan berlangsung pada ketetapan berikut

Tarikh : 23 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 am - 4.00 am
Tempat : PPDHL

Acara
1. Persembahan - Kawad Berirama SMK Perimbun , Gendang 24 , Kawad KRS (SMKTIS) , Kawad Bmba (SAMBEST) , Kawad PBSM (SMKAJ)
2. Pertandingan - Futsal , bola jaring , silat seni , pelancaran roket , dll
3. Pameran - KRS , St John , Agensi kerajaan dll

Yang pasti SMK Perimbun terlibat
1. Kawad irama ( 40 kadet 2 guru)
2. Pameran (10 kadet 3 guru)
3. Ajk Persembahan Kawad ( 2 kadet 2 guru)

Kursus Sarjan & Staf Sarjan Hulu Langat 2009

Mulai tahun 2009 Kursus Sarjan & Staf Sarjan akan dikendalikan oleh Daerah. Untuk Daerah Hulu Langat kursus sarjan& staf sarjan akan dilaksanakan pada ketetapan berikut

Tarikh : 22 , 23 dan 24 Jun 2009
Tempat : SMK Saujana Impian @ Tempat lain yang diputuskan oleh PPD

Sehubungan dengan itu satu mesyuarat AJK Pelaksana akan berlamgsung pada 19 Mei 2009 di PPD

Maklumat awal
1. Setiap sekolah diminta menghantar antara 2 - 4 peserta
2. Hanya pelajar tingkatan 4 sahaja
3. Yang berpangkat kopral sahaja
4. Item pengujian seperti biasa
a. Item teras (wajib lulus) - Kawad , kerohanian/moral , kecergasan dan ujian bertulis
b. Item elektif - orienteering , tali temali , bantu mula , ikhtiar hidup , alam sekitar , gajet
dan keusahawanan

Kepada semua kadet bersiap sedia sekarang

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini 16 Mei 2009 adalah hari untuk guru-guru. Seingat ku pada Jan 1971 sewaktu aku masuk kelas darjah satu guru kelas ku Cikgu Kahar B Yusuf yang suaranya memang kuat ,di sekolah Keb. Rinching Hilir... bermulalah era aku sebagai murid... pelbagai gaya guruku yang sungguh bermakna buat ku. Yang garang , yang lemah lembut , yang hemsem , yang cantik , yang serius dan sebagainya. Ditahun 2 guru kelas ku Almarhum Cikgu Ibrahim B Hitam yang amat suka bercerita ,Di Tahun 3 Cikgu Teng Heng Wah jadi guruku mengajar muzik, Tahun 4 guru ku Cikgu Zainal Abidin yang serius dan merapu , darjah lima Cikgu Norahim B Ismail pakar tulisan cantik , dan Di darjah 6 Almarhum Cikgu Majid yang lemah lembut. Selain itu cikgu SK aku ialah Ustazah Waliah Jamian (Guru agama) , Cikgu Tan Kim Kui (Guru BI)
Tahun 1977 ...aku naik ke tingkatan 1... SMK Engku Hussein , guru kelas ku bernama Cikgu Daud b Lapuh (pernah jdi Pengetua SMK Perimbun 1989 -1992 dah besara di PPD) , semasa di tingkatan 2 guru kelasku ialah Pn Lau , Semasa di tingkatan 3 (amek SRP masatu) Cikgu Halimatun Bt Iban mengajar Math..memang hebat..sebabtu aku terror mathematik. Ramai lagi cikgu kat Engku Hussein tu Cikgu Hamid (Sejarah) Cikgu Norizan (BM) Cikgu Mat Derakah (Disiplin) Cikgu Raja Alias (Pengetua Engku Hussein) Ustazah Wan anisah (Guru Agama Kesayanganku) hingga kini aku masih berhubung dengannya , Cikgu Amar Singh (Math) Cikgu Baharum Mohd Said (Geografi) Tahun 1979 Amek SRP (skang PMR) dapat Gred A Aggregat 16 je...

Tahun 1980 naik tingkatan 4 kat SAAS Kajang , masuk kelas Sains la konon. masatu cikgu kelas Tingkatan 4 ialah Cikgu Zainal , Masa tingkatan 5 ..inilah guru yang paling banyak dan rapat dengan ku iaitu Cikgu Abd Aziz Saari mengajar Ad Math , penasihat PKBM yang aku sertai. Masa tu Cikgu Yasmin Bee mengajar ku BI , beliau pernah jadi pengetua SMK Perimbun 1995-1998. Cikgu Kimia Pn Sosai Pillai , Cikgu Fizik Mr Tee , Cikgu Bio Pn Lau , Ustazah Pn Andek Azmah , Cikgu Hafiz Kampo Rajo (guru disiplin) Cikgu Abd Malek (Pengetua SAAS masa tu) Cikgu Tik Azizah (besara sebagai PPD Hulu Langat) ,cikgu Aziz (PJ) dan banyak lagi tak dapat nak citer. Amek SPM tahun 1881, dapatla Gred A ,agregat 26 Pangkat 2

1982 aku pegi UPM...nun cawangan di Sarawak. Kini guru-guru ku seperti En Sulaiman Pensyarah Entomologi , En Lutfi Sabran (Math) , Dr Sabri Othman (Bio) , Pn Nafsiah Pit (Pertanian) , En Syamsir (Ekonomi dan Statistik) Dr Asmah (Kimia) En Mahfuz (Akaun & Pengurusan Ladang) , En Bong dan banyak lagi.....

Dibidang agama guruku Almarhum Tn Hj Ridzwan (guru quranku) yang amat tegas...selalu kena titik jari kalau salah baca , Almarhum Ust Mohsin (guru quran dan agamaku) 5 tahun aku mengaji dengannya.. Almarhum Tuan Guru Hj Mohd Amin (guru Kitab Sabilulmuhtadin) , guru ku yang lain Almarhum Pak Kiyai Fathullah Harun , Bapak Innasihin , Bapak Agus Salim , Ustaz Yunus dari Patani , Ustaz Khailani , Almarhum Us Mokhtar Akim (Bekas Imam UKM) dan guru ku kini Al Fadhil Us Harun Din

Selain itu..aku pernah amek Diploma In Islamic Caunseling tahun 1992 ..guru ku Dr Nik Aziz Nik Pa (UM) , Dr Sidiiq Baba (UIAM) , Dr Zulaikha Mohd Nor (UKM) dan banyak lagi..merekalah yang medidikku ilmu psikologi dan kaunseling

Dalam bidang dakwah ..guruku Dr Darus Senawi (Naqib usrahku 1985-86) , Dr Othman Sabran(naqib Usrahku 1993-95) Us Awang Pun Awang Sebun (Kini Mufti Sarawak) Dr Alias Othman , Ustaz Mohammed Kassim , Ustaz Jamal Sattap , Us Siddiq Fadhil , Us Mohd Nor Nawawi , dan ramai lagi..

Dalam bidang pendidikan guruku yang paling hebat Pn Hjh Jamelah Mansor , Pn Noraizan , Pn Rashidah Dato Omar yang banyak menjadi inspirasi.

Tidak ku lupa guruku yang hebat KRS (Kadet Remaja Sekolah) yang telahmengajarku banyak ilmu dan melebarkan kemahiranku , kepimpinanku dan meluaskan ruang dakwahku..

Ya Allah...berkatilah guru-guru ku... tanpa mereka siapalah aku. cukup banyak ilmu yang diberi , cukup sabar kalian mengajar..ameen ya rabbal alamien

Sunday, April 26, 2009

Sebuah Gurindam Buat Semua

Salam gembira dari tuan buat semua
Kini kita berjaya membina nama
Kejayaan yang tiba sungguh bermakna
Terima kasih kepada putera puteri ku semua

Berkawad... penat , boring memang biasa
Bila berlatih...lopong sini dan lopong sana
Bila ditanya macam-macam lah jawab nya
Bila bertanding menang lak pula

Mula menang berbaris di balapan sukan kita
Kawad daerah dah sah putera yang perkasa
Puteri pula tak kurang hebatnya
Naib johan tuuu... bukan senang nak cipta

Pegi negeri...tempat sendiri ada lebihnya
Naib johan negeri..satu impian dah di cipta
Kini tugas diminta dengan irama lak pula
Mari tunjukan kehebatan depan para PPD dan pengetua

Ada lagi cerita Perimbun lah halnya
2 putera pegi Kedah "camping" kebangsaan
Balik sudah tunjukkanlah kemahirannya
Itu Rashid , Syazwan perwira Perimbun

Kini seorang puteri pegi Kelantan
Untuk berjuang di arena kebangsaan
Insyirah terpilih jadi ayam tambatan
Bila balik siaplah untuk di tunjukan

Kini tuan kat Melaka bina rancangan masa depan
Untuk terus membina sejarah KRS Perimbun
Hanya kalianlah yang sebenar jadi harapan
Jom..jom..bangkit jadi putera-puteri yang budiman

Thursday, April 9, 2009

Kem KRS Daerah 2009

Pada 7 - 9 April 2009 bertempat kat Kem Tekali telah berlangsung Kem KRS daerah. Seramai 160 peserta 19 jurulatih dan 13 pembantu jurulatih telah berkampung dan ber"kemping"

Biasalah menjalankan xtvt KRS (seperti dalam kurikulum KRS) dijalankan iaitu

1. APB - Aktiviti pengkalan bergilir
2. PT pagi
3. Kebudayaan
4. Ceramah
5. Kerohanian

Perkhemahan berjalan lancar...memang bagus
Tahniah dan syabas buat semua budak Perimbun (8 orang peserta) dan 2 helpers

Hidup KRS Perimbun

Cerita Semasa KRS Perimbun (Kem Negeri)

Pada 3 - 6 April yang lalu telah berjalan Perkhemahan KRS Selangor. Budak perimbun pun terpilih lah. antaranya

1. Syazwan Ismail
2. Insyirah
3. Muhd Rashid Khalifah
4. Nosyuhada

Perkhemahan ini dilaksanakan oleh Daerah Petaling Utama bertempaat di SMK Lembah Subang.

Kawad Kaki KRS Negeri Selangor 2009

Kawad kaki KRS Selangor(Kategori lelaki) akan berlangsung pada 22 April 2009 bertempat di Padang Kawad Maktab Penjara Malaysia Kajang. Berilah sokongan , doa restu semoga kai berjaya.

Shubungan dengan itu satu latihan pusat utk pasukan kawad KRS Perimbun akan diadakan pada

11 hingga 12 April 2009

Semua yang terlibat dengan kawad ..hadir. Faham itu skuad

Sunday, March 29, 2009

Sebuah Catatan Buat "Boutark Team From Perimbun"

Tanggal 28 Mac 2008
Sabtu
Kawasan letak Kereta PPD Hulu Langat

Telah berlaku satu perlawanan yang sengit , berapi , berasap dan berentap. Melibatkan beberapa kumpulan. Di khabarkan 32 geng yang berentap mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Para pegawai dan penguasa yang ada pada hari kejadian hanya boleh memerhatikan sahaja apa yang berlaku. Yang peliknya mereka berentap tidak menggunakan senjata.... memang pelik. Lagi pelik tiada seorang pun yang cedera.. hanya beberapa orang yang berentap tu pengsan kerana tidak tahan dengan cuaca.

Sepasukan Pegawai Khas telah datang untuk mengawal keadaan untuk mencari mereka yang terlibat dalam perlawanan tersebut. Kumpulan mana yang menjadi dalangnya... susah juga nak cari sebab mereka semua memakai baju hijau yang sama...

Diberitakan melalui sumber yang boleh dipercayai iaitu Tuan Zack bahawa satu kumpulan yang berselindung atas nama " Boutark Team From Perimbun " telah "ditangkap" oleh pegawai khas dan merekalah dalangnya yang mengepalai perlawanan tersebut dan mengalahkan begitu ramai kumpulan yang terlibat. Diberitakan juga kumpulan "Boutark Team From Perimbun" dibantu oleh sebuah kumpulan "bertudung" mungkin "Boutark Girl" ...tetapi tidak dapat dipastikan kerana mereka bertudung. Kumpulan ini telah menjadi-jadi kerana kumpulan kedua yang ditangkap.

Pertarungan mereka berpanjangan hingga jam 4.00 petang apabila Pegawai PPD mengistiharkan

1. "Boutark Team From Perimbun" adalah juara pertarungan
2. "Tedung From Perimbun" adalah naib juara

Pegawai yang berutgas iaitu Tuan Zack melaporkan perlawanan yang berlaku pada hari ini sebenarnya adalah perlawanan kawad kaki.. Tahniah kepada mereka yang menang..

Tuan Zack melaporkan

Friday, March 13, 2009

Gurindam Buat Semua

Keputusan SPM telah tertera
Tahniah & Syabas buat kadet kita
Tuan berbangga kepada semua
Sibuk dan aktif tetap berjaya
Musim kawad telah pun tiba
Ingat..! kejayaan bukan datang tiba-tiba
Kawad dengan betul ikut cakap ketua
Kejayaan yg menjelma pasti gembira
Kini SMK Jalil muncul lah pula
Terimalah persaingan secara terbuka
siapa yang bersedia tiada gugupnya
menang kalah adat yang biasa
Kita sebenarnya punya anggota yang perkasa
Dengan syarat gigih sentiasa
kuatkan mental dan fizikal yang sasa
Bila kawad padat dan mesra
Ingat masa berlatih lain cerita
Bila bertanding gundah gulana
Tunjukkan kebolehan jangan takut apa-apa
Itu tandanya kita bersedia
Wasallam

Tahniah KRS Perimbun

Dengan rasa syukur dan doa... tahniah buat Leonard yang "excellent" kata orang jawa dalam SPM nya. Tuan bangga dengan anda... begitu jua buat Hakim , Umi , Azreen , Farid , Anwar , Ani , Liana , Liyana , Izzati , dan yg lain yg tak disebut (jgn mareeeh.) tahniah atas keputusan masing-masing.
Yg penting rancang masa depan dengan bijak. Jangan mudah putus asa.. setiap orang ada rezkinya , jika bijak bercaturan mencari ruang dan peluang.. datanglah berbincang jika perlukan khidmat nasihat tuan.
Kejayaan kelian kebanggaan kami. Keredhaan Ilahi itulah yang dicari
Amin

Wednesday, March 11, 2009

Selamat Datang Teraju Utama SMK Perimbun

Yang dinanti telah tiba iaitu Komandan KRS SMK Perimbun yang baru iaitu Pn Hjh Petri Noor Jaliah Megat Adnan.

SELAMAT DATANG PUAN !!!

Warga KRS menjunjung kasih dan taat setia kepada Teraju Utama SMK Perimbun , semoga kita terus bersama mendahului demi kecemerlangan dalam semua bidang. Baik kurikulum ,kokurikulum dan juga sahsiah.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas..

Saturday, February 14, 2009

Mari Meningkatkan Tahap Profesionalisma Pasukan KRS

KRS telah ditubuhkan secara rasminya semenjak 1995 lagi. Aktiviti KRS merangkumi 5 bidang utama iaitu

1. Bidang Kerohanian dan Ketatanegaraan
2. Bidang Kebudayaan dan Ketahanan Diri
3. Bidang Keusahawanan
4. Bidang Alam Sekitar
5. Bidang Khidmat Masyarakat

Aktiviti KRS yang selalu ditonjolkan ialah kawad kaki , sedangkan kawad kaki hanya satu item dalam bidang kebudayaan dan ketahanandiri. Terdapat cukup banyak aktiviti lain yang perlu dijalankan sepanjang tahun mengikut kurikulum KRS yang telah didokumenkan seperti Kompas dan Orietaring , Memasak , Ikhtiar Hidup , Berbasikal , Aktiviti di air , Tali Temali , Kraf Perkhemahan , Pengucapan awam , keusahawaan dan banyak lagi (sila rujuk buku panduan KRS)

Insyaallah... saya akan menerangkan dalam siri tulisan saya mengenai pelbagai bidang ini secara bersiri untuk meningkatkanpengetahuan anda semua.

Faham ituskuad...!!!!

Tuan Mohd Zailani Ridzwan
@ Tuan z @ Wak Jai

Friday, February 13, 2009

Kawad Kaki KRS Hulu Langat 2009

Kelmarin 12 Feb 2009 telah diadakan mesyuarat pertandingan kawad kaki KRS Daerah Hulu Langat. Pertandingan akan diadakan pada 28 mac 2009 di PPD Kajang.

Seperti biasa... Perimbun akan menyertainya seperti tahun-tahun yang lalu. Nampaknya tahun ni ada pertambahan penyertaan. Kepada semua anggota KRS Perimbun. Untuk menang tidaklah sukar...tetapi untuk memelihara kemenangan lebih sukar lagi. Khabarnya tahun ini peresaingan akan lebih menarik lagi dengan penampilan kembali pasukan KRS SMK Abd Jalil.

Ok.. tu jee.

Tuesday, January 20, 2009

Tahniah Buat Pn Noraizan Sulaiman Timb. Komandan KRS Perimbun

Assalamualaikum semua..

Tahniah dan syabas buat Timbalan Komandan KRS Perimbun Pn Hjh Noraizan Sulaiman yang akan berpindah ke Kementerian Pelajaran mulai 1 Febuari 2009. Khidmat bakti puan selama di Perimbun memang banyak . warga KRS terasa kehilangan puan kerana selama ini puan merupakan seorang pendidik yang amat berdedikasi dan berwibawa.

Sekali lagi tahniah... kami doakan kejayaan puan.

Thursday, January 8, 2009

Salam Tahun Baru 2009

Assalamualaikum semua...

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 H dan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga ia "Pasti Lebih Gemilang". Kepada yang masih sekolah ..." Selamat Kembali Ke Sekolah". Buat ahli KRS semua semoga diberikan kekuatan dan keazaman menghadapi hari esok.... " terus maju... berusaha....jadikan diri pasti berjaya..! KRS Pasti Boleh Oww... Perimbun Pasti Boleh Oww !!!!

1. Tahniah Buat 54 anggota KRS yang telah berjaya menjalankan aktiviti hujung tahun 2008 iaitu Perkemahan Tahunan dan Kembara Belantara Menawan Gunung Angsi. Perkhemahan tersebut telah dijayakan pada 13 - 16 Dis 2008. rasanya perkhemahan kali ini adalah yang paling berjaya... kerana beberapa perkara

  • semua peserta berjaya menawan puncak gunung angsi
  • semua aktiviti berjalan mengikut jadual
  • semua anda memang hebat... berketerampilan

2. Tahniah buat AJK KRS Perimbun sesi 2009 yang telah dipilih / lantik dalam mesyuarat agung pada 7 Jan 2009 di kem Tepian Rimbun

  • Pengerusi PW 1 KRS Mohd Arif Fikri
  • Timb. Pengerusi 1 PW 1 KRS Mohd Safri Fazwan
  • Timb. Pengerusi 2 PW 2 KRS Khairul Adibah
  • S/u Sarjan KRS Safinaz
  • Bendahari Kopral KRS Nursyazwani

Senarai penuh akan di paparkan kemudian... ok

3. Tahniah dan terima kasih buat Staf Sjn KRS (B) Mohd Firdaus Razak yang telah melanjutkan pelajaran di UiTM Sri Iskandar Perak dan Kopral KRS(B) Mohd Ikhwan Razif yang melanjutkan pelajaran di UiTM Jengka Pahang.

4. Tahniah dan syabas buat semua ahli KRS (B) yang telah banyak menyumbang tenaga dan telah bersama berjuang membina kegemilangan KRS Perimbun.

5. Tahniah buat Sarjan KRS Mohd Aidil Rosli yang telah dilantik sebagai Ketua Pelajar SMK Perimbun yang baru tahun 2009

Terima Kasih. Jumpa lagi