Thursday, May 22, 2008

Majlis Pemantauan Kokurikulum Di SMK Perimbun

Assalamualaikum.

Apa khabar semua putera puteri KRS semua. Semua yang korang tahun bahawa pada 22 Mei yang lalu di SMK Perimbun telah pun didatangi oleh 2 orang pemantau yang dihantar oleh Kementerian Pelajaran untuk satu anugerah penting iaitu Anugerah Lonjakan Saujana Kokurikulum.

Pada 22 mei 2008

jam 7.30 pagi.... semua pelajar dan guru spt biasa perhimpunan pagi. Pagi tu memang agak sibuk. lebih-lebih lagi tuan kita... kalau tak sibuk buat-buat sibuk macam biasa. Kat pintu pagar " mat rempit" bertauliah drp Smart Rider Club (SRC) dah siap sedia mrnunggu tetamu. Di muhibah square... budak-budak yang terlibat berbaris panjang dikepalai oleh KP.. siapa lagi kalo bukan staf Sarjan KRS Leo.

Masa tu tuan dan Staf Sjn KRs Fiduk... sibuk kat kem Tepian Rimbun untuk aktiviti ikhtiar hidup.

Jam 8.00 pagi .... Pemantau sampai .. diiringi oleh SRC , terima lapor drp KP melawat persembahan dikir barat. nak tahu siapa tukang karutnya... Engku lah. .... kemudian terus ke pejabat dan dewan meranti.

Cerita kat kem... kami bersiap dengan pameran mini. Beberapa contoh ikatan pendaki dipamerkan. Kat tepi kem sibuk menghidupkan api nak masak ayam dalam buluh campur daun ubi kayu. Tuan sibuk siapkan masakan nasi dimasak dalam kelapa muda. Nak tahu resepinya nanti dalam masa yang lain tuan cerita....

Sebelah pagi hanya tuan , fiduk , ikhwan dan aidil yang kat kem. yang lain exam....

Jam 10.00 pagi.... ramai budak KRS muncul... bantu kerja-kerja dan tak sabar nak bedal menu istimewa tu. Yang lain dah beres... kem kita dak semakin berinformasi. Nak tahu nanti tuan hantar gambar.

Puas gak tunggu dah muncul juga tetamu untuk melihat hasil kerja kami

Jam 2.00 ptg.... tetamu tiba. Mula-mula terima tabik hormat. Lepas tu tuan diperkenalkan oleh Puan Hjh Jamelah.... inilah orang kuat saya dalam KRS. Tapi ucapan ni dah biasa.... tak kembang pun. Tuan jelaskan beberapa item yang dipamerkan.... ikatan perompak , simpul belit , ikatan manuk , dokumentasi-dokumentasi , peralatan tali temali , kompas dan yang terakhir menu istimewa. Ayam Dalam Buluh dgn Daun Ubi , nasi dalam kelapa.... tetamu dipersilakan merasa masakan. Semua yang hadir ingin merasa nasi dalam buah kelapa muda makan dengan ayam...dia kata " saya nak cuba nasi yang dimasak dalam kelapa ".... lepas makan... kenyanglah dan kami diberikan ucapan tahniah dan syabas.

Tetamu tak jauh lagi meninggalkan kem.... budak KRS yang ada ni tak sabar lagi .... dengan segera membedal masakan yang ada. Licin ...

Lega rasanya dapat buat yang terbaik. Tiada kejayaan tanpa usaha. Usaha pula hendaklah disertai dengan keikhlasan.

Ok lah jumpa lagi dalam cerita yang lain.
gambar tak sempat nak tunjuk , ada pada cikgu sharina

No comments: