Seperti yang semua sedia maklum KRS telah ditubuhkan pada tahun 1985. Dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu. (lihat sejarah KRS). Kelahiran KRS sebenarnya telah membina ruang baru kepada seluruh pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum. Dalam KRS terdapat beberapa elemen penting yang perlu diketahui iaitu
1. Perlembagaan KRS
2. Kurikulum KRS
3. Tatacara Pemakaian Pakaian Seragam KRS dan Tatacara Pemakaian Pangkat
4. Ujian kenaikan pangkat
Keberkesanan pasukan KRS bergantung bagaimana pelaksanaan aktiviti KRS dijalankan bersandarkan kurikulum yang telah disediakan.
Siri ini akan memperkatakan kurikulum KRS
Dalam kurikulum KRS terdapat 5 item utama iaitu
1. Ketahanan Diri & Kebudayaan
2. Alam Sekitar
3. Kerohanian dan pendidikan moral
4. Khidmat masyarakat
5. Keusahawanan
Setiap item utama mengandungi tajuk-tajuk kecil yang telah digariskan. Oleh itu setiap anggota KRS adalah bertanggungjawab untuk mengetahui dan memahami apa yang sepatutnya dipelajari sepanjang menjadi ahli KRS.
Adalah tidak tepat jika ada orang mengatakan KRS ni hanya asyik berkawad sahaja. Itu tidak benar.. Berkawad adalah hanya satu daripada berbagai aktiviti KRS yang telah digariskan. Kepada semua pemimpin KRS anda perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dari masa ke semasa... supaya tidak hanya berada pada satu zon sahaja.
Cukup dulu setakat ini.
No comments:
Post a Comment