Monday, August 25, 2008

KURSUS PEGAWAI WARAN KRS KEBANGSAAN 2008

Seperti yang sedia maklum Kursus Pegawai Waran KRS Kebangsaan 2008 telah berlangsung pada 17 - 23 Ogos 2008

17 Ogos

Semua peserta melapor diri. Selangor menghantar kontingen teramai 22 orang Staf Sarjan. 3 daripadanya budak Perimbun. Sebelah malam.. taklimat dan biasalah "o" group bagi jurulatih.

18 Ogos

Peserta naik bas menuju ke Sabak Bernam. Sampai di Pantai Remis aktiviti berbasikal bermula. Yang ni tugas Tuan Zailani. Agak tercabar kesabaran bila hujan turun dengan lebat. Berkat doa agenda berbasikal dapat berjalan dengan cemerlang. Terdapat 4 kumpulan berbasikal.
Kumpulan 1 - Drp Pantai Remis ke Sungai Buluh , Jeram
Kumpulan 2 - Drp Sg Buluh ke Bukit Malawati Kuala Selangor
Kumpulan 3 - Dap Bukit malawati Ke Sg Terap
Kumpulan 4 - Drp Sg Terap ke Tanjung Karang

Sementara kump 1 dan 2 berbasikal , Kump 3 dan 4 buat ujian pengucapan awam di Bukit Malawati. Begitulah bergilir-gilir.
Jam 4.00 ptg semua berkumpul di T.Krg dan menuju ke Sabk Bernam. Kg Sungai Apong. Perkampungan orang jawa.... yo jowooo lah. Peserta di serahkan kpd keluarga angkat.
Malam - Ujian bertulis di Sk Sri Cempaka Sg Apong

19 Ogos

Aktiviti bersama masyarkat. Kilang Krepek , Ternakan Ikan Keli , Ternakan Lintah , Memetik Kelapa Muda dan yang mencabar mencari "mentarang' di pantai sabak. .. baru tau bukan senang nak jadi nelayan. Yang penting 2 laporan kena siap berkaitan industri desa.

Petang balik rumah keluarga angkat. Bersama masak juadah "nasi ambeng' .. hidangan tradisi jawa.

Malam semua peserta dan keluarga angkat ke Masjid Sg Apong , bawa nasi ambeng , bertahlil. Bila tengok nasi ambeng... tu dia. banyaknyeeeee. bleh habis ke neh. kuat betul " wong jowo mangan".

Lepas isyak.. persembahan drp orang kampung. Ketoprak , ghazal arab , marhaban... sampai jam 1.00 pagi. Tabik betul ngan orang kampung yang setia.

20 Ogos

Pagi...khidmas. Majlis penyerahan semula anak angkat. Jam 9,30 bergerak semula ke shah Alam... lawatan ke muzium , masjid negeri dan sunway piramid.

Malam pengujian kerohanian...kursus pengurusan jenazah. setiap kumpulan diberikan kain dan bungkuslah jenazah hidup.... selesai jam 1.00 pagi.

21 Ogos

6.30 pagi bersiap utk ujian fizikal...larian 2.4 km (lelaki) perempuan buat bangkit tubi etc.
8.00 pagi pengujian berpengkalan di Bukit Cerakah (sekarang Taman Botani Negara). ada 8 pengkalan iaitu
1. Kawad & kerohanian ( individu & mengajar kawad)
2. Orienteering (individu)
3. Ikhtiar hidup(Buat serkap , tangkap ikan keli guna serkap dan bakar ikan. Buat jerat)
4, Baiki basikal(buka tayar , tampal tiub) & bantu mula(DR ABC)
5. membina rakit & menyelamat di air (guna tiub lori dan buluh)
6. Alam sekitar ( transek hutan)
7. Ikatan & gajet ( 10 ikatan asas dan gajet)
8. Menjelajah taman botani ( dalam kumpulan)

selesai hari pertama jam 7.00 petang

malam .... ceramah

22 Ogos

Menyambung pengkalan sampai jam 7.00 petang
Pelbagai gelagat peserta. Yang boleh...hebat. yang biasa...biasa dan ada yang kantoi

malam raptai di SMK SAAS Seksyen 2 Shah Alam

23 Ogos

Pengistiharan Ujian Pegawai Waran
Tahniah buat semua peserta Selangor yang lulus dan TAHNIAH & SYABAS BUAT peserta SMK Perimbun Cheras Selangor
1. Pegawai Waran 1 KRS Muhammad Arif Fikri Mohd Azmi
2. Pegawai Waran 1 KRS Muhammad Safri Fazwan Ishak
3. Pegawai Waran 2 KRS Khairul Adibah Khairul Anwar

Kejayaan Anda Kebanggaan Kami. Semangat Juara Membara.

No comments: