Saturday, February 14, 2009

Mari Meningkatkan Tahap Profesionalisma Pasukan KRS

KRS telah ditubuhkan secara rasminya semenjak 1995 lagi. Aktiviti KRS merangkumi 5 bidang utama iaitu

1. Bidang Kerohanian dan Ketatanegaraan
2. Bidang Kebudayaan dan Ketahanan Diri
3. Bidang Keusahawanan
4. Bidang Alam Sekitar
5. Bidang Khidmat Masyarakat

Aktiviti KRS yang selalu ditonjolkan ialah kawad kaki , sedangkan kawad kaki hanya satu item dalam bidang kebudayaan dan ketahanandiri. Terdapat cukup banyak aktiviti lain yang perlu dijalankan sepanjang tahun mengikut kurikulum KRS yang telah didokumenkan seperti Kompas dan Orietaring , Memasak , Ikhtiar Hidup , Berbasikal , Aktiviti di air , Tali Temali , Kraf Perkhemahan , Pengucapan awam , keusahawaan dan banyak lagi (sila rujuk buku panduan KRS)

Insyaallah... saya akan menerangkan dalam siri tulisan saya mengenai pelbagai bidang ini secara bersiri untuk meningkatkanpengetahuan anda semua.

Faham ituskuad...!!!!

Tuan Mohd Zailani Ridzwan
@ Tuan z @ Wak Jai

No comments: