Sunday, March 29, 2009

Sebuah Catatan Buat "Boutark Team From Perimbun"

Tanggal 28 Mac 2008
Sabtu
Kawasan letak Kereta PPD Hulu Langat

Telah berlaku satu perlawanan yang sengit , berapi , berasap dan berentap. Melibatkan beberapa kumpulan. Di khabarkan 32 geng yang berentap mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Para pegawai dan penguasa yang ada pada hari kejadian hanya boleh memerhatikan sahaja apa yang berlaku. Yang peliknya mereka berentap tidak menggunakan senjata.... memang pelik. Lagi pelik tiada seorang pun yang cedera.. hanya beberapa orang yang berentap tu pengsan kerana tidak tahan dengan cuaca.

Sepasukan Pegawai Khas telah datang untuk mengawal keadaan untuk mencari mereka yang terlibat dalam perlawanan tersebut. Kumpulan mana yang menjadi dalangnya... susah juga nak cari sebab mereka semua memakai baju hijau yang sama...

Diberitakan melalui sumber yang boleh dipercayai iaitu Tuan Zack bahawa satu kumpulan yang berselindung atas nama " Boutark Team From Perimbun " telah "ditangkap" oleh pegawai khas dan merekalah dalangnya yang mengepalai perlawanan tersebut dan mengalahkan begitu ramai kumpulan yang terlibat. Diberitakan juga kumpulan "Boutark Team From Perimbun" dibantu oleh sebuah kumpulan "bertudung" mungkin "Boutark Girl" ...tetapi tidak dapat dipastikan kerana mereka bertudung. Kumpulan ini telah menjadi-jadi kerana kumpulan kedua yang ditangkap.

Pertarungan mereka berpanjangan hingga jam 4.00 petang apabila Pegawai PPD mengistiharkan

1. "Boutark Team From Perimbun" adalah juara pertarungan
2. "Tedung From Perimbun" adalah naib juara

Pegawai yang berutgas iaitu Tuan Zack melaporkan perlawanan yang berlaku pada hari ini sebenarnya adalah perlawanan kawad kaki.. Tahniah kepada mereka yang menang..

Tuan Zack melaporkan

No comments: