Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini 16 Mei 2009 adalah hari untuk guru-guru. Seingat ku pada Jan 1971 sewaktu aku masuk kelas darjah satu guru kelas ku Cikgu Kahar B Yusuf yang suaranya memang kuat ,di sekolah Keb. Rinching Hilir... bermulalah era aku sebagai murid... pelbagai gaya guruku yang sungguh bermakna buat ku. Yang garang , yang lemah lembut , yang hemsem , yang cantik , yang serius dan sebagainya. Ditahun 2 guru kelas ku Almarhum Cikgu Ibrahim B Hitam yang amat suka bercerita ,Di Tahun 3 Cikgu Teng Heng Wah jadi guruku mengajar muzik, Tahun 4 guru ku Cikgu Zainal Abidin yang serius dan merapu , darjah lima Cikgu Norahim B Ismail pakar tulisan cantik , dan Di darjah 6 Almarhum Cikgu Majid yang lemah lembut. Selain itu cikgu SK aku ialah Ustazah Waliah Jamian (Guru agama) , Cikgu Tan Kim Kui (Guru BI)
Tahun 1977 ...aku naik ke tingkatan 1... SMK Engku Hussein , guru kelas ku bernama Cikgu Daud b Lapuh (pernah jdi Pengetua SMK Perimbun 1989 -1992 dah besara di PPD) , semasa di tingkatan 2 guru kelasku ialah Pn Lau , Semasa di tingkatan 3 (amek SRP masatu) Cikgu Halimatun Bt Iban mengajar Math..memang hebat..sebabtu aku terror mathematik. Ramai lagi cikgu kat Engku Hussein tu Cikgu Hamid (Sejarah) Cikgu Norizan (BM) Cikgu Mat Derakah (Disiplin) Cikgu Raja Alias (Pengetua Engku Hussein) Ustazah Wan anisah (Guru Agama Kesayanganku) hingga kini aku masih berhubung dengannya , Cikgu Amar Singh (Math) Cikgu Baharum Mohd Said (Geografi) Tahun 1979 Amek SRP (skang PMR) dapat Gred A Aggregat 16 je...

Tahun 1980 naik tingkatan 4 kat SAAS Kajang , masuk kelas Sains la konon. masatu cikgu kelas Tingkatan 4 ialah Cikgu Zainal , Masa tingkatan 5 ..inilah guru yang paling banyak dan rapat dengan ku iaitu Cikgu Abd Aziz Saari mengajar Ad Math , penasihat PKBM yang aku sertai. Masa tu Cikgu Yasmin Bee mengajar ku BI , beliau pernah jadi pengetua SMK Perimbun 1995-1998. Cikgu Kimia Pn Sosai Pillai , Cikgu Fizik Mr Tee , Cikgu Bio Pn Lau , Ustazah Pn Andek Azmah , Cikgu Hafiz Kampo Rajo (guru disiplin) Cikgu Abd Malek (Pengetua SAAS masa tu) Cikgu Tik Azizah (besara sebagai PPD Hulu Langat) ,cikgu Aziz (PJ) dan banyak lagi tak dapat nak citer. Amek SPM tahun 1881, dapatla Gred A ,agregat 26 Pangkat 2

1982 aku pegi UPM...nun cawangan di Sarawak. Kini guru-guru ku seperti En Sulaiman Pensyarah Entomologi , En Lutfi Sabran (Math) , Dr Sabri Othman (Bio) , Pn Nafsiah Pit (Pertanian) , En Syamsir (Ekonomi dan Statistik) Dr Asmah (Kimia) En Mahfuz (Akaun & Pengurusan Ladang) , En Bong dan banyak lagi.....

Dibidang agama guruku Almarhum Tn Hj Ridzwan (guru quranku) yang amat tegas...selalu kena titik jari kalau salah baca , Almarhum Ust Mohsin (guru quran dan agamaku) 5 tahun aku mengaji dengannya.. Almarhum Tuan Guru Hj Mohd Amin (guru Kitab Sabilulmuhtadin) , guru ku yang lain Almarhum Pak Kiyai Fathullah Harun , Bapak Innasihin , Bapak Agus Salim , Ustaz Yunus dari Patani , Ustaz Khailani , Almarhum Us Mokhtar Akim (Bekas Imam UKM) dan guru ku kini Al Fadhil Us Harun Din

Selain itu..aku pernah amek Diploma In Islamic Caunseling tahun 1992 ..guru ku Dr Nik Aziz Nik Pa (UM) , Dr Sidiiq Baba (UIAM) , Dr Zulaikha Mohd Nor (UKM) dan banyak lagi..merekalah yang medidikku ilmu psikologi dan kaunseling

Dalam bidang dakwah ..guruku Dr Darus Senawi (Naqib usrahku 1985-86) , Dr Othman Sabran(naqib Usrahku 1993-95) Us Awang Pun Awang Sebun (Kini Mufti Sarawak) Dr Alias Othman , Ustaz Mohammed Kassim , Ustaz Jamal Sattap , Us Siddiq Fadhil , Us Mohd Nor Nawawi , dan ramai lagi..

Dalam bidang pendidikan guruku yang paling hebat Pn Hjh Jamelah Mansor , Pn Noraizan , Pn Rashidah Dato Omar yang banyak menjadi inspirasi.

Tidak ku lupa guruku yang hebat KRS (Kadet Remaja Sekolah) yang telahmengajarku banyak ilmu dan melebarkan kemahiranku , kepimpinanku dan meluaskan ruang dakwahku..

Ya Allah...berkatilah guru-guru ku... tanpa mereka siapalah aku. cukup banyak ilmu yang diberi , cukup sabar kalian mengajar..ameen ya rabbal alamien

No comments: