Monday, June 8, 2009

Salam Percutian

Assalamaualikum wr.wbt

Buat semua kadet... telah berlalu semester pertama sesi 2009. Seperti biasa KRS bergerak dengan caranya tersendiri. Dengan sukannya , kawadnya . perkhemahannya dan pelbagai lagi.

Tuan amat berbangga dengan pasukan ini...kerana semangatnya , komitmennya dan apa yang telah dipamerkan kepada semua.

Kini kita dikenali dengan persepsi yang cukup gah...bila kawan bertanya...pasukan mana tu yang buat kawad irama....Perimbun. Memang patut mereka menang.... Pasukan engkau wak memang hebat. Seronok kami tengok budak-budak engkau tu. Bukan senang ni nak jadi cam tu.... Itulah yang telah menjadi dan terjadi kat kita.... ni

Yang pasti "Jenama" KRS PERIMBUN sudah termasyhur... jadi pertahankanlah...

Sekarang cuti-cuti-cuti.... jangan semuanya cuti

1. Sembahyang jangan cuti kecuali yang dicutikan !
2. Baca buku jangan cuti
3. Buat baik jangan cuti
4. Buat yang berfaedah jangan cuti
5. Banyak lagi

Nak bercuti pun biarlah yang memberi kesan kepada kita...lihatlah alam , lihatlah tingkah laku manusia , lihatlah persekitaran , pelajarilah daripadanya.. mengembaralah , berkelanalah...supaya minda lebih terbuka. Bertambah ilmu akan menambahkan lagi keinsafan diri...bahawa kehidupan didunia yang fana ini sementara. Hidup yang kekal abadi nuuuuun...disana ...disana...disana....yaumul akhirat. Sudah bersedia ke belum.

Naik cuti kursus sarjan/staf sarjan.... jeng jeng jeng.....siapalah yang terpilih buat dengan baik supaya boleh pegi ke Pegawai Wareeeen..salah tu.... Pegawai Waran !!! hahaha

Heii dah mula tuuu.....sekian

No comments: