Tuesday, September 1, 2009

Tazkirah Ramadhan...Mari Mencari Keampunan Allah

Assalamualaikum semua

Beberapa perkara menarik dalam Ramadhan

Perlu diketahui bahawa apakah sebenarnya matlamat Puasa...... adakah mengejar Hari raya , Berniaga di pasar Ramadhan , Kumpul duit Raya atau....mencari keseronokkan happy go lucky. Sebenarnya disebut dalam Quran sebagai..." Difardhukan kepada kamu berpuasa .....supaya kamu bertaqwa". Oleh itu carilah taqwa itu. Kejarlah taqwa itu.. Taqwa itulah matlamat puasa.. Tau tak.... kalau tak tau...ni nak bagi tau la ni...jadi apakah tanda sebagai seorang yang berpuasa itu mencapai dan mendapat taqwa... jadi kena tahu ciri-ciri orang yang bertaqwa. Sesungguhnya al-Quran sendiri menerangkan... orang yang bertaqwa itu....

" Iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib dan mendirikan solat dan menginfaqkan sebahagian rezki yang kami kurniakan kepada mereka (mengeluarkan zakat dan bersedekah) dan mereka yang beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada kamu (al-quran) dan wahyu yang diturunkan sebelum kamu dan mereka yakin kepada hari akhirat. Merekah orang-orang yang mendapat hidayah dan merekalah yang beruntung."
(Al-Baqarah Ayat 3-5)

1. Beriman kepada perkara ghaib iaitu percaya akan dosa dan pahala , akan kebenaran siksaan kubur , akan adanya pembalasan akhirat , dan sebagainya. walaupun tak nampak tetapi yakin 100% akan adanya dan berlakunya ia tanpa ada sedikitpun keraguan

2.Dirikan solat.... puasa rajin tapi solat macam mana... kena ingat solat adalah tiang kepada agama dan rukun islam yang 5

3. Banyakkan sedekah dan keluarkan zakat. Zakat ada 2 jenis...Zakat Fitrah dan Zakat Harta
termasuk pendapatan dan perniagaan. Ingat dalam harta kita ada daki yang perlu dibersihkan dengan membayar zakat

4. Yakin dengan wahyu...100 %. Haram katanya...maka haramlah. Boleh katanya...maka bolehlah jangan berdolak dalik.

5. Ingat bahawa pembalasan pada hari akhirat itu sangat benar dan janji Allah itu bukan main-main.

Oleh itu jika benar-benar puasa dan mencari taqwa...pasti diri ini akan lebih mentaati Allah dan menjadi mereka yang beruntung

No comments: