Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN OHH RAMADHAN


Ramadhan muncul lagi..maka kewajipan berpuasa hendaklah dilakukan dengan cara yang terbaik. Cara yang terbaik itu hendaklah memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya. Nabi telah menjanjikan dalam satu sabdanya
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan melaksanakannya dengan penuh keimanan dan penuh keikhlasan maka mereka akan mendapat kkeampunan seperti bayi yang baru dilahirkan"
Antaranya ialah
1. Memelihara diri sepanjang berpuasa daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa
2. Mememelihara diri sepanjang berpuasa daripada melakukan perkara-perkara yang makruh
3. memperbanykkan amalan-amalan sunat sejak mula bersahur , siangnya , petangnya , masa berbuka , pengisian malamnya dan tidurnya..semuanya dipenuhi dengan amalan-amalan sunat
4. Antara amalan yang baik dan elok diperbanyakan seperti membaca quran (ambil ruang dan peluang) , solat berjamaah setiap waktu walaupun berdua , sentisa berzikir , banyakkan bersedekah , lakukan banyak kebaikan , bertarawih setiap malam dan sebagainya
5. Ingat...Puasa adalah ibadat..bukannya adat... bersederhanalah dalam berbuka. Peliharalah perkataan , peliharalah mata , telinga , tangan , kaki. Utamakan tuntutan agama berbanding tuntutan adat
Terlalu banyak hikmah berpuasa..hadith-hadith nabi banyak menceritakan kelebihan berpuasa.. maka sepanjang bulan Ramadhan umpama menghadiri latihan modal insan yang membentuk jatidiri seorang muslim kembali kepada fitrah yang sebenarnya...menjadi hamba allah yang terbaik.


No comments: