Friday, October 15, 2010

KRS PERIMBUN... IMPIAN SEPANJANG ZAMAN

Assalamaualaikum...

KRS Perimbun ditubuhkan sejak 1997... perjuangan dalam KRS Perimbun .. penuh dengan gelora .. umpama melayari bahtera di samudera yang luas. berhadapan dengan ombak dan tiupan angin kencang... adat dalam mengemudi sebuah organisasi yang berasaskan MODAL INSAN.

Impian tuan sepanjang menglibatkan diri dalam organisasi ini tidak lain tidak bukan... iaitu

1. Mendidik anda menjadi seorang Insan yang kamil... memiliki iman dan akhlak yang terpuji
2. Memberikan seberapa banyak ilmu duniawi dan ukhrawi.. sebagai bekal menghadapi survivor kehidupan yang mencabar
3. Mempupuk semangat berpasukan , kekitaan , cintakan organisasi , suka kerja berpasukan , berdaya saing , sedia berkhidmat... malah memiliki jiwa untuk berjihad dijalan Allah dalam pelbagai bidang
4. membina watak dan bakat kepimpinan supaya nanti mampu menjadi pemimpin dalam keluarga dan masyarakat ...menjadi agen perubah , berjuang untuk masyarakat , melaksanakan t/jawab sebagai khalifah dimuka bumi
5. Menjadikan KRS sebagai madrasah insaniah yang terkesan , membina jatidiri yg tinggi , disiplin diri yang unggul , disegani , berpengaruh dan dihormati.

Harapan pada semua KRS Perimbun sekelian... bawalah watak2 ini ke mana anda pergi... jika dicampak ke lautan mampu membentuk sebuah pulau yang bermanfaat.

1 comment:

KRS@Perimbun said...

Anda datang dan pergi... semangat seharusnya terbina sejak bila diterima menjadi ahli... berbangga dgn uniform KRS.. taksabar menghadiri latihan dan aktiviti.