Tuesday, July 15, 2008

Kursus Naik Pangkat Sarjan & Staf Sarjan KRS Selangor 2008

Apa khabar semua.... Tuan harap semua anggota KRS sihat walafiat.

Pada 7 - 10 Julai 2008 bertempat di Kem Belia Bukit Lagong Gombak telah berlangsung Kursus dan Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan & Staf Sarjan KRS Selangor 2008. Daerah Hulu Langat telah menghantar 38 anggota KRS berpangkat Kopral. Budak SMK Perimbun mulanya hanya 2 orang sahaja yang terpilih. Oleh kerana di saaat akhir ada 2 calon daripada beberapa sekolah menarik diri maka terpaksalah diganti dengan 2 orang lagi budah Perimbun.

Ujian kali ini agak teliti dan aras yang tinggi. Bermula dengan ujian bertulis , kawad , ujian fizikal , ikatan dan gajet , alam sekitar , kerohanian , bantu mula , ikhtiar hidup dan membina rakit. Ujian kali ini menekankan kepada peserta selain diuji secara individu , setiap peserta diminta mengajar item yang ditentukan kepada anggota yang lain. Memang penat gila.... tuan ni pun pewai gak... letih

Yang manis tu nasib 4 budak Perimbun la.... apa yang mereka capai...! ni dia

Putera
1. Mohd Arif Fikri Mohd Azmi berjaya ditauliahkan Staf Sarjan (rank 1)
2. Mohd Safri Fazwan berjaya dilatuliahkan Staf Sarjan (rank 8)

Puteri
1. Khairul adibah Khairul Anwar berjaya ditauliahkan Staf Sarjan (rank 3)
2. Safinaz Zulkifli berjaya ditauliahkan Sarjan

Tahniah dan syabas. dalam sejarah 3 orang dapat Staf Sarjan dan terpilih untuk ujian pemilihan mewakili Selangor ke peringkat Kebangsaan. Tuan kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh diorang ni.

1 comment:

suara_pemuda said...

tahniah diucapkan..!
saya turut berbangga!