Wednesday, September 17, 2008

Diambang Syawal

Hari Raya Puasa .... juga dikenali sebagai Eidul Fitry. Tahu tak kenapa diberi nama eidul Fitry. Maknanya .... kembali kepada fitrah manusia seperti kanak-kanak yang baru lahir...bersih tanpa dosa. Sebenarnya Hari Raya adalah meraikan kerana kejayaan manusia melalui satu proses penyucian jiwa melalui ibadah puasa selama 1 bulan. Sebab itu kita disuruh bertakbir banyak-banyak membesarkan Allah pada malam raya sampai solat hari raya atas kejayaan mengharungi tarbiyyah yang hebat tersebut.

Cuba tanya diri sendiri.. apakah kualiti puasa kita yang dilakukan sekarang mempunyai indek puasa yang terbaik atau sebaliknya. Sebab itu orang yang berpuasa ini ada tiga tingkatannya iaitu

1. Puasa awam (gred D ke bawah) - hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja, juga sekadar menjaga yang membatalkan puasa. Yang lain ...susah nak cakap. Dengan banyak tidur , tak sembahyang , buka aurat , mengumpat , menghina orang , pendek kata dosa kecilnya berlori-lori. Yang ni bila berbuka.... menjadi hamba makanan. @#$%$#@#$&*^$##$%$ semua sapu....
2. Puasa khusus (Gred C dan B) - lebih baik dari yang awam dengan menambah amalan yang sunnat , bertadarus , memelihara diri daripada melakukan dosa dan noda.
3.Puasa Khusus lagi Khusus (Gred A) - yang ini... memang cemerlang dan gemilang. Semua tubuh badannya puasa. Hidupnya penuh dengan zikrullah. makan minumnya ala kadar. Kalau boleh nak terus puasa tetapi dek kerana dalam berpuasa itu ada perintah berbuka, baru berbuka...itupun ala kadar dengan roti kering atau kurma dan air sejuk sahaja. Ini puasa para sahabat , muqarrabien , para nabi dan waliullah. Kita boleh capai dengan usaha yang betul-betul gigih

Apamacam.... kata nabil ..."Lu Fikir La Sendili "

No comments: