Saturday, September 6, 2008

Tazkirah Ramadhan 2

Assalamualaikum wr.wbt

Tahu tak.. apa makna Ramadhan. Ramadhan diambil daripada asal perkataan Ramadh maknanya panas.

Bulan Ramadhan... makna dari segi bahasanya adalah bulan yang panas.
Panas disini sebenarnya berkait rapat dengan ibadah puasa.

Ibadah puasa yang bererti menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga tenggelam matahari. Menahan diri itu bukan setakat makan dan minum tetapi menahan segala pancaindera ( Mulut , Mata , Telinga , Hidung , Perut , Kemaluan , Tangan dan Kaki). Puasa yang macam inilah yang paling baik dan mendapat ganjaran yang amat besar.

Puasa Mulut - Tak makan dan tak minum. Tak berkata yang jijik seperti mengumpat , menghina dan sebagainya. Sebaliknya berkatalah yang elok dan molek.

Puasa Mata - Mengawal mata daripada melihat yang diharamkan.. bukan senang. Hari-hari kita terdedah untuk melihat yang haram. Minimakannya... kalau terpandang jugak... banyakkan istighfar (mintak ampun kepada Allah banyak-banyak)

Puasa Telinga - Mengawal telinga daripada menderngar suara , bunyi , percakapan yang ditegah. Banyakkan mendengar yang baik seperti ayat quran , ceramah , pengajian dan perkara yang baik.

Faham tu skuad..!!! Faham tu skuad..!!! Faham tu skuad...!!!

Tiga barisan saf solat terawih di hadapan sayaa...... gerak !

Cukup dulu laaa... Nanti senang sambung.

Wasallam

Al-Faqir Ilallah
Tuan Zailani

No comments: