Sunday, August 9, 2009

Kem Hujung Minggu KRS Perimbun

Pada 8 Ogos yang lalu seramai 120 orang anggota KRS Perimbun berkampung dalam satu Perkemahan Hujung Minggunya. Pada masa yang sama diadakan ujian Kopral dan Lans Kopral.

Bertempat di Kem Tepian Rimbun...satu nama yang indah dan romantik adalah sebuah kem latihan kecil di SMK Perimbun telah diwujudkan. Boleh memuatkan 100-150 peserta dalam satu-satu masa. Dalam perkemahan itu telah dijalankan beberapa aktiviti dan ujian naik pangkat iaitu

a. Ujian Fizikal.... baru dia tau ingat senang nak naik pangkat..
b. Ujian kawad...yang ok dan ko
c. Ujian bertulis... Fuuuuuuh... poning gak
d. Ujian Ikatan..... yang mana satuuuu ni
e. Ujian Gajet... ikat jangan tak ikat
f. Ujian Kerohanian....Qunut panjang ke qunut pendek
g. Ujian Ikhtiar Hidup..... alamat telur den dah masak..hehe
h. Ujian Orienteering..... betul ke ni Qiblatnya.... sah-sah-sah

Yang seronok tu...maasak. Setiap kumpulan (5 kumpulan) kena masak sendiri , bawak beras sendiri , ikan sadin , telur... alhamdulillah kenyang.

Keputusan rasmi yang lulus akan dipamerkan pada 12 Ogos ni...jeng-jeng-jeng

No comments: