Thursday, August 20, 2009

Majlis Pentauliahan Pegawai Pengurusan KRS Daerah Hulu Langat

19 Ogos 2009....bertempat di PPD Hulu Langat.

Seramai 126 Pegawai PPD , Pengetua , Guru Besar , Penolong Kanan telah ditauliahkan sebagai Pegawai Pengurusan KRS. Pengarah KRS Negeri , Tuan Dr Zahri Abd Aziz telah menyempurnakan semua tauliah tersebut.

KRS Perimbun telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa acara penting iaitu
1. Mengepalai Kawad Kawalan
2. Membuat persembahan Kawad Berirama
3. Membuat pameran KRS

Tuan Pengarah telah memuji pasukan KRS Perimbun... HEBAT !!!!! katanya.

Terima kasih buat semua pasukan dan semua krew KRS Perimbun atas pencapaian ini.

Sebenarnya tuan amat terharu... selama 10 tahun perjuangan tuan di Daerah Hulu Langat untuk memperkasakan KRS..sudah nampak hasilnya. Kini uniform Hijau Sherwood Dark green telah mewarnai hampir seluruh sekolah daerah hulu langat. Hampir menitis air mata bila melihat Pegawai KRS Daerah Tuan Ismail Musa memulakan majlis pentauliahan... dengan kesegakan dan penampilan semua pegawai.

HIDUP KRS HULU LANGAT....BERKATI PERJUANGAN KAMI

Kini ...tugas berat menanti..untuk mengisi dan memperkasakan pula aktiviti KRS kepada seramai mungkin ahli di Daerah. Khususnya di Perimbun... seharusnya "maintain & sustain " faham itu skuad. Dengar sini semua sekali... apabila tiba seruan untuk terus berjuang merealisasikan aktiviti KRS.... segeralah bertindak , berada dibarisan hadapan , bersama-sama , menyahut slogan ILMU , IMAN dan AMAL .... membentuk barisan anak-anak bangsa menjadi modal insan yang bertaqwa , berketerampilan , berdedikasi dan berakhlak mulia. Amien..

No comments: