Wednesday, November 4, 2009

Bersama Bangunkan Modal Insan

Sebuah catatan Tuan Zailani

Semenjak saya terlibat dan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti : perkhemahan , rehlah , muqayyam , kem motivasi , khemah ibadat , xpdc mendaki gunung , menjelajah gua , berakit , 4x4 adventure , kursus naik pangkat , kem integrasi , kem smart solat , kem kepimpinan dan banyak lagi..... semenjak 1982 , terlalu manis bagi saya dan pelbagai pengalaman ditemui.

Semua ini bukan sekadar...seronok dan membuang masa.... ia bergantung bagaimana setiap program direncanakan , objektifnya , perjalanan aktivitinya dan keikhlasan hati menjayakannya. Secara jujur ingin saya perkatakan disini bahawa setiap aktiviti yang saya terlibat adalah aktiviti atau program yang umumnya mengandungi unsur pembangunan insan. Orang sekarang sebut " Modal Insan" Melalui program seperti ini yang kebanyakkannya dibuat diluar bilik darjah menekankan
1. Perkembangan dan pembangnan kognitif (pengetahuan)... seperti mengajar pelbagai ilmu seperti kepimpinan , pengurusan , kemahiran , agama dan sebagainya. Biasanya ditekankan dalam sesi ceramah , Latihan dalam Kumpulan (LDK) , tazkirah , pembentangan kertas kerja dan modul-modul tertentu
2. Perkembangan dan pembangunan komunikasi melalui penglibatan dalam kumpulan , pergerakkan dan jenis aktiviti itu sendiri. Tentatif itu sendiri mengajar peserta berkomunikasi melalui arahan , penerangan , perbincangan , simulasi dan melakukan aktiviti
3. Perkembangan dan pembangunan nilai melalui aspek tanggungjawab , jujur , ikhlas , berani , cekal dan sebagainya yang merentasi seluruh aktiviti daripada awal hingga akhir.
4. Perkembangan dan pembanagunan mental dan fizikal pula selalunya melalui aktiviti yang mencabar minda dan fizikal seperti mendaki , memanjat , berakit , abseilling ,menyelesaikan tugasan , games , merempuh halangan , berkawad dan seumpanya

No comments: