Thursday, December 24, 2009

PERKHEMAHAN TAHUNAN & EKSPEDISI GUA SENYUM KRS PERIMBUN KALI KE-8 TAHUN 2009

Alhamdulillah...syukur camp KRS 2009 berjaya dengan amat cemerlang. Terima kasih buat semua.

Pada 19 - 22 Dis 2009 seramai 70 peserta bersama 4 guru dan 7 tetamu telah menjayakan camp KRS kali ke 8.

Pada hari pertama semua peserta teruja apabila melawat sekitar gua senyum iaitu gua kolam 7 , gua angin , gua terang bulan , gua taman , gua taman laut , gua makam tok long , gua silat. Sebagai pembuka perkhemahan kali ini. Sebelah malam peserta membina logo-logo kumpulan

Hari kedua...kena berjalan (jungle tracking) 3.5 KM...akhirnya sampai ke gugusan gua jebak puyuh ...antara lain kami menjelajah gua rangkak , gua sisik , gua mayat , gua straw , gua gelap , gua candi , gua kapal , gua jebak puyuh , gua ular dan lain-lain....subhanallah...tidak terkata melihat ciptaan Allah dan khazanah alam...kepenatan yang yang dilalui hilang kerana keterujaan gua-gua yang ada.
Sebelah petang...pesta menangkap ikan keli. Kata orang Negori 9 " MENGOCA"...ramai-ramai tangkap ikan dalam lubuk ikan. Macam-macam gelagat peserta menangkap keli..goli den..ha ha ha...petang tu kami meratah ke;i bakar sebagai lauk malam...100 ekor keli berjaya ditangkap.

Hari ketiga...aktiviti diteruskan dengan pelbagai xtvt dalam pengkalan iaitu berkawad , orienteering , ikatan dan gajet , membina rakit dan berakit , river crossing...banyak pengetahuan dan pengalaman dipelajari.
Sebelah malam...malam bakat terendam...semua kumpulan telah buat persembahan yang terbaik...ada pentomin , sketsa , dikir barat...yang hebat kumpulan nasyid dari "WHITE HOUSE" dengan penyertaan seorang tokoh 'BARACK OBAMA PERIMBUN"...GITU LAH KELIAN. Dan sebuah persembahan hebat daripada KRS (B) , bertenaga , terhibur dan mempunyai aura tersendiri..tuan bangga dengan kelian. Lagu khas tu rasanya elok dikomersialkan sebagai identiti baru KRS Perimbun.. tengok kat you tube... malam tu persembahan keseluruhannya tuan beri 5 bintang.

Hari akhir menjelma...sekejap je dah tamat. kami balik dengan senyuman..Tahniah..syabas Banggo Den

sekalung terima kasih buat isteri dan anak (widad) , buat teman tapi mesra Norsuzana , rakan setugas Puan Ros , sahabat krew Nuar , Abg Zul , Abg Didi , Abg Suarri dan buat intan yang bersama-sama joint camp krs. Terima kasih buat peserta yang berdisiplin , buat KRS (B)...tuan bangga dengan kelian

apa kata mereka

1. Isteri den kato...memang hebat...exellent
2.Kato teman den..Suzana...camp KRS bertaraf 5 bintang...sudi-sudilah jemput lain kali
3.Widad pun komen.. dia kato ..BESSSST
4. cG zAFRAN SEBUT...tahun depan nak joint lagi
5. banyak lagi tak terkato...

1 comment:

PROJEK KELI KANVAS said...

Salam 1 Malaysia :)...nk tahu info sempoi dan best pasal ikan keli...mai singgah sini
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/