Perkhemahan KRS Peringkat Daerah Hulu Langat adalah perkhemahan yang wajib diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat dan memberikan ilmu kepada ahli KRS di daerah Hulu Langat. Bertarikh 7 April 2013 sehingga 9 April 2013 , daerah Hulu Langat sekali lagi mengadakan perkhemahan tahunan di Kem Herba , Sg. Congkak , Hulu Langat.
Setiap sekolah di daerah Hulu Langat di wajibkan menghantar seramai 8
peserta dan menjadikan jumlah keseluruhan mencecah hampir 300 orang
termasuk jurulatih dan pembantu jurulatih.
Sekali lagi dalam sejarah perkhemahan ini diadakan selama 3 hari 2 malam dan terdapat 8 aktiviti yang telah di jalankan :-
1. Pertolongan Cemas
2. Ikhtiar Hidup
3. Kembara Belantara
4. Alam Sekitar
5. Gajet
6. Ikatan dan Simpulan
7. Pandu Arah dan Orienteering
8. Kawad Kaki
dan juga terdapat beberapa pertandingan dijalankan seperti :-
1. Malam Kebudayaan ( mengikut kumpulan )
2. Gajet ( mengikut sekolah )
3. Ikhtiar Hidup ( mengikut sekolah )
KRS Perimbun telah menghantar seramai 8 orang peserta dan 2 pembantu jurulatih :-
1. Solehin
2. Haziq
3. Faiz
4. Amirul
5. Fazira
6. Mardiana
7. Zahirah
8. Munirah
9. Aina (pembantu jurulatih)
10. Mizan (pembantu jurulatih)
dan mereka juga telah berjaya memenangi pertandingan yang disediakan
1. Johan Gajet Kategori Puteri
2. Naib Johan Gajet Kategori Putera
3. Johan Ikhtiar Hidup Kategori Putera
Dan perkhemahan ini telah berjalan dengan jayanya walaupun terdapat
hujan tetapi berbekalkan moto "Ilmu, Iman, Amal", para peserta tetap
melakukan aktiviti dengan penuh bersemangat.
Tahniah
diucapkan kepada yang terpilih , semoga ilmu yang dibekalkan di
perkhemahan ini dapat digunakan untuk mengajar rakan-rakan yang lain
supaya ilmu itu tidak sia-sia.
Tuan Zailani mengajar cara untuk menuruni bukit |
Peserta Puteri SMK Perimbun |
Tuan Anwar memberi penerangan sebelum aktiviti bermula |
Tuan Firdaus mengajar ikatan kepada peserta |
No comments:
Post a Comment