Friday, May 3, 2013

Kawad Kaki Peringkat SMK Perimbun 2013

Assalamualaikum wbt.

SMK Perimbun telah mengadakan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah pada bulan April 2013. Pasukan KRS telah menghantar sebanyak 2 platun iaitu KRS Putera dan Puteri untuk bertanding dalam pertandingan ini. Sebanyak 8 platun daripada unit beruniform di SMK Perimbun telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Pertandingan ini diadili oleh beberapa hakim yang dipilih daripada setiap unit beruniform. Kriteria-kriteria yang di hakimi ialah kepaduan, keserasian, kemantapan dan corak formasi.

Keputusan telah pun di umumkan dan KRS Perimbun telah dinobatkan

1. Johan Kategori Lelaki
2. Johan Kategori Perempuan

Syabas dan tahniah kepada platun KRS Perimbun kerana mengekalkan kejuaraan dan berharap dapat mengekalkan momentum ini untuk peringkat yang seterusnya.

Sekian

No comments: